NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Jaminan Perkara 153 dikecuali satu pembohongan, Tun Hamid



Oleh Ainul Illia Meor Suzurudin

BANGI, 1 Rabiulawal 1440H, Jumaat – Tujuan utama Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Bentuk Diskriminasi Kaum (ICERD) hendak diratifikasi, kerana terdapat golongan yang mahu keistimewaan orang Melayu dan anak negeri Sabah dan Sarawak, dihapuskan.

Bekas Ketua Hakim Negara, Tun Abdul Hamid berkata, golongan ini tidak memberitahu secara berterus-terang bagi mengelakkan bantahan orang ramai, namun itulah tujuan mereka.

"Mereka mengatakan bahawa pengesahan itu tidak akan melibatkan peruntukan Perkara 153. Itu adalah satu pembohongan. Alasan yang mereka beri untuk memansuhkan Perkara 153 (walaupun mereka tidak berkata terus terang) ialah Perkara 153 itulah yang menghalang perpaduan.

"Dalam kata-kata lain, mansuhkan Perkara 153, perpaduan akan tercapai. Hapuskan hak keistimewaan orang Melayu dan anak negeri Sabah dan Sarawak dan berikan mereka hak yang sama, perpaduan akan wujud.


"Itu adalah hujah yang meleset. Ia adalah helah untuk memansuhkan Perkara 153. Ini orang Melayu dan anak negeri Sabah dan Sarawak, perlu sedar," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Mengulas lanjut, beliau berkata, walaupun diuar-uarkan bahawa mereka mahu mengesahkan konvensyen itu dengan pengecualian, namun, bolehkah Peguam Negara, Tommy Thomas dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Senator P Waytha Moorthy memberi jaminan ia boleh dilakukan.

Katanya, jika Perkara 153 dan semua diskriminasi yang disebut itu akan dikekalkan, maka tidak ada tujuan konvesyen itu hendak disahkan.

"Saya katakan bahawa pengecualian seperti itu akan dibantah oleh negara-negara lain yang mengesahkannya atas alasan ia bercanggah dengan tujuan asas konvensyen itu, iaitu menghapuskan diskriminasi kaum. Lagi pula, bersetujukah Waytha Moorthy dan semua pihak yang memperjuangkan pengesahan konvensyen itu, dengan pengecualian seperti itu?

"Jika sekadar untuk mengadakan kesalahan-kesalahan bagi mengelak ketegangan antara kaum, sekarang pun kesalahan-kesalahan itu telah ada dalam Akta Hasutan 1948. Jika tidak cukup tambahkan sahaja. Peliknya Akta Hasutan hendak dimansuhkan. Konvensyen itu hendak disahkan," katanya.

Sumber: https://www.ismaweb.net/2018/11/09/jaminan-perkara-153-dikecuali1-satu-pembohongan-tun-hamid/
( Hide )
  1. Kita telah memberi telah banyak ruang kepada mereka Orang Melayu dan kerajaan harus bertegas terhadap yang menuntut yang tidak sepatutnya. Kita terlalu longgar dengan segala permintaan mereka. Inilah seperti pepatah Belanda minta tanah

    ReplyDelete
  2. ICERD hanya terdiri daripada sekumpulan kecil manusia perasan yang cuba membuat keputusan untuk majoriti rakyat di dunia.

    ReplyDelete
  3. NGO Melayu Islam perlu mengadakan jerayawara ke seluruh negara untuk menjelaskan musibah daripada pengesahan ICERD.

    ReplyDelete

© all rights reserved
made with by templateszoo