NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Isu Tanah Runtuh Bukit Kukus: Gesaan Siasatan Diumumkan




Oleh: YB Tuan Che Alias Bin Hamid
Parlimen Kemaman (P040)
1 November 2018

1. Kerajaan digesa untuk mendedahkan laporan siasatan secara umum berkaitan kes tanah runtuh yang berlaku di tapak projek Lebuhraya Berkembar Bukit Kukus pada bulan lepas yang dijalankan oleh Jawatankuasa Khas Siasatan.

2. Kerajaan Pulau Pinang seharusnya memberi perhatian terhadap kebimbangan yang disuarakan oleh penduduk serta NGO yang terlibat sejak sekian lama bagi mengelakkan kejadian tanah runtuh ini terus berulang  dan mengurangkan penggondolan bukit untuk pembinaan.

3. Oleh itu, memadangkan tarikh dan tempoh siasatan bagi kejadian tanah runtuh tersebut dijangka ditetapkan pada minggu ini, saya mengharap agar pihak jawatankuasa siasatan tidak mengambil masa yang lama untuk menyelesaikan isu ini.


4. Negeri Pulau Pinang sering kali berlaku kes tanah runtuh daripada tahun 2016 sehingga Oktober 2018  sehingga dikenali sebagi “Darul Bencana” . Apa yang menyedihkan apabila tragedi tanah runtuh yang berlaku telah meragut nyawa.Adakah kes tanah runtuh ini juga berlaku disebabkan tiga kecuaian itu iaitu kecuaian kelulusan, kecuaian pemantauan dan kecuaian mematuhi garis panduan seperti sebelum ini?



5. Banyak pihak yang ingin mengetahui punca sebenar kejadian tanah runtuh ini. Hal ini penting kerana sekiranya punca tanah runtuh yang berlaku di Pulau Pinang disebabkan kecuaian, saya menegaskan tindakan undang-undang patut diambil dan kerajaan tidak boleh berkomplot dengan mana-mana pihak yang bersalah.


“ Islam Memimpin ”





No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo