NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

ICERD: Tahniah PAS



Alhamdulillah, hasil daripada desakan PAS kepada BERSATU supaya jangan takut kepada DAP dalam isu ICERD, seorang demi seorang pemimpin BERSATU hari ini tampil menyatakan bantahan parti itu terhadap usaha-usaha kerajaan PH mahu meratifikasi ICERD.

Sehari selepas gesaan PAS melalui ketua Pemuda Ust Abdul Khalil Abdul Hadi yang menegaskan BERSATU perlu menunjukkan sikap yang terang dan tegas dalam isu ICERD tanpa tunduk terhadap mana-mana tekanan, YB Mukhriz tampil menyatakan tiada keperluan Malaysia meratifikasikan ICERD.

Hari ini TS Sri Muhyiddin Yassin pula tampil menyatakan kerajaan tidak perlu terburu-buru meratifikasi ICERD dan mengakui sebahagian besar ahli parti itu tidak bersetuju dengan cadangan kerajaan Pakatan Harapan untuk meratifikasi Konvensyen ICERD.

Tahniah PAS!

Teruslah berusaha memberikan kesedaran kepada menteri-menteri kerajaan agar berpijak di bumi nyata.

Beza parti dan ideologi bukan asbab untuk kita abaikan tanggungjawab terhadap negara dengan memperjudikan nasib bangsa kita.

#BantahICERD

Wardah Abdul Rahman
( Hide )

© all rights reserved
made with by templateszoo