ICERD, ICCPR VS Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan

Hari ini pendokong ICERD bawa 1 modal baru. 99% populasi umat Islam di seluruh dunia meratifikasi ICERD. Takkan orang Islam yang 60% di Malaysia tak mahu ratify ICERD, ICCPR? 

Ini jawapannya; 

Tunjukkan 99 peratus populasi Muslim yang tinggal di negara yang telah meratifikasi ICERD, ICCPR mempunyai latar sejarah kemerdekaan, ikatan kontrak sosial dan peruntukan khas seperti Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan? 

Tahukah pendokong ICERD, ICCPR, negara Arab Saudi dan Yaman meratifikasi dengan meletakkan pengecualian. Adakah anda tahu apa jawapan balas UN terhadap negara tersebut? Tahukah anda berapa banyak states parties yang menentang pengecualian tersebut? 

Adakah pendokong ICERD, ICCPR tahu sekiranya sesebuah negara meratifikasi konvensyen tersebut, mereka diikat dengan kuasa luar dan sekiranya terdapat disputes, Malaysia boleh diheret ke ICJ? 

Tahukah pendokong ICERD, ICCPR, Malaysia sudah memberikan jaminan kebebasan asasi sepertimana yang termaktub dalam Perkara 5 hingga Perkara 13 Perlembagaan Persekutuan? 

Tahukah pendokong ICERD, ICCPR, antara perbahasan panjang dalam international law dan human rights diperingkat global adalah prinsip universalism and cultural universalism? Adakah anda juga tahu keadaan 'uruf masyarakat setempat adalah salah satu faktor yang perlu diberikan perhatian sebelum menggubal hukum?

Sumber: https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=761027190938804&id=100010945897255
Labels:
Reactions:

Post a Comment

[blogger]

1Media.My

{facebook#facebook.com/1mediaonline} {twitter#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {google-plus#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {pinterest#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {youtube#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {instagram#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL}

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget