NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

ICERD Ancam Kedudukan Islam?

Oleh: Alang Ibn Shukrimun

Kebanyakan bercakap bahawa ICERD mengancam kedudukan melayu di Malaysia.


Itu saya tak nafi. 100% setuju walaupun menteri yang ajak berbincang tak buka perbincangan pun bila bersemuka.

Tapi tahukah anda, ICERD juga bakal mengancam kedudukan Islam di negara ini?

Mengikut pemahaman barat, perjuangan agama juga dianggap sebagai racism (perkauman). Niqab dan hijab dianggap racist. Banteras ajaran sesat dianggap racist. Menghalang agama lain disebar kepada umat Islam juga dianggap racist. Perbezaan hukum antara gender juga racist.

Jika ICERD diratify tanpa reservation yang teliti, ajaran Islam pasti akan tergugat. Segala undang-undang samada artikel perlembagaan, akta dan enakmen yang bersifat islamik boleh dikira racist. Sekiranya ia dibawa ke badan kehakiman antarabangsa yang diketahui menganggap agama sebagai perkauman lalu bercanggah dengan resolusi ICERD, undang-undang kita terpaksa dipinda.

Tentu sekali kenyataan ini boleh dipertikaikan terutama dari sudut kaitan agama dan perkauman. Tapi perlu diingat, yang akan membuat tafsiran berkaitan undang-undang kita nanti bukan lagi kita, tetapi badan kehakiman antarabangsa. Percayakah kita kepada mereka yang telah terbukti prejudis dan berat sebelah kepada agama Islam selama ini?

Say no to ICERD!





No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo