NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

ICERD: 3 Perkara Kerajaan Perlu Pandang Serius

Oleh: YB Tuan Che Alias Bin Hamid
Parlimen Kemaman (P040)
1 November 2018

1. Tiga perkara diutamakan berkenaan memorandum membantah Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum  (ICERD) yang dilakukan semalam iaitu Kerajaan berhenti mengeluarkan kenyataan yang mengelirukan berkaitan ICERD, tidak sesekali berniat mengugat hak orang Bumiputera dan Melayu serta pertemuan bersama-sama Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad untuk membincang isu berbangkit dalam masa terdekat.


2. Pagi semalam saya bersama ahli Parlimen Marang, YB Dato' Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang bersama ahli parlimen PAS serta rombongan UMMAH yang menggabungkan 300 NGO juga turut terlibat dalam sesi penyerahan memorandum berkenaan Bantahan Ratifikasi (ICERD) kerana bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan.

3. Kami menggesa Kerajaan hendaklah  mengambil serius berkaitan tiga perkara utama berkenaan kerana pelaksanaan ICERD seakan-seakan cuba mencabar kedaulatan raja dan perlembagaan Malaysia dan bantahan yang kami lakukan adalah berasas kerana ia secara terang lagi nyata akan menyentuh dan menghapuskan hak istimewa orang Melayu serta anak-anak negeri Sabah dan Sarawak.

4. Selain itu, Kerajaan perlulah membuat pertimbangan secara terperinci berhubung pelan untuk mengesahkan ICERD supaya tidak sampai ke tahap yang memaksa perlembagaan negara diubah yang memberi kesan yang besar.

5. Jelaslah di sini bahawa ICERD adalah konvensyen antarabangsa yang akan mengubah struktur dan acuan negara kita seandainya kerajaan menandatangani dan meratifikasinya. Persoalannya, apakah motif dan alasan Kerajaan PH mahu mengesahkan ICERD ini?


“ Islam Memimpin ”



No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo