NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Harga RON97 naik kepada RM2.81



BANGI, 22 Safar 1440H, Rabu
– Mulai esok, harga runcit petrol bagi produk RON97 naik dua sen kepada RM2.81 seliter.

Harga baharu produk petroleum itu diumumkan menerusi Facebook Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, hari ini.

Sementara harga bagi produk RON95 dan diesel masing-masing kekal pada RM2.20 seliter dan RM2.18 seliter.

Harga berkenaan sah bermula 1 November hingga 30 November 2018. Ia adalah paras tertinggi yang dicatatkan oleh RON97.
Pada Oktober, harga RON97 naik 14 sen iaitu RM2.79 seliter berbanding RM2.65 pada September.


Sumber: https://www.ismaweb.net/2018/10/31/harga-ron97-naik-kepada-rm2-81/



No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo