NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Hamas kutuk serangan ke atas stesen TV Al-Aqsa



GAZA, 5 Rabiulawal 1440H, Selasa – Pergerakan Perjuangan Islam Palestin (Hamas) mengutuk sekeras-kerasnya serangan rejim pengganas Israel ke atas bangunan stesen televisyen Al-Aqsa, di daerah an-Nasr di sini, semalam.

Jurucakap Hamas, Fawzi Barhoum menyifatkan serangan peluru berpandu yang menyasarkan bangunan ibu pejabat stesen televisyen berkenaan sebagai pencabulan hak kebebasan kewartawanan dan bersuara.

Justeru, Barhoum menggesa pertubuhan, perundangan dan media antarabangsa mengecam tindakan terbaharu rejim pengganas itu.

Hamas berkata, serangan Israel tidak akan mematahkan semangat wartawan Palestin daripada meneruskan misi kemanusiaan, termasuk menggugat profesional kerja mereka dalam mendedahkan jenayah rejim pengganas itu.

Dalam kejadian petang semalam, tiga rakyat Palestin terbunuh, manakala sembilan lagi cedera dalam serangan roket yang dilancarkan rejim pengganas Israel di wilayah itu.

Peluru berpandu rejim itu turut membedil bangunan TV Al-Aqsa dan sekitarnya, sehingga memusnahkan ibu pejabat stesen televisyen terbabit.

Pertempuran antara pejuang Hamas dengan Israel tercetus selepas rejim itu melancarkan operasi tentera khas di Semenanjung Gaza pada Ahad lalu, yang menyebabkan Hamas nekad membalas dendam.- Agensi


No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo