NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Benarkah PAS hanya lawan ICERD sahaja?



oleh: Ustaz Idris Hj Ahmad.
19/11/18

Ada tuduhan yang mengatakan PAS hanya lawan ICERD sahaja. Tak lawan 1MDB. Utk makluman, PAS bukan lawan ICERD sahaja. PAS juga lawan seks songsang, 1MDB, LGBT, kes rasuah banglo, kes trowong, forex, PKFZ, perwaja, kes rasuah, kes akidah. Bacalah daripada media PAS. Jangan ambil maklumat sampah yang tidak tahu mana asal usulnya.

Janganlah duduk perasan mereka sahaja yang lawan rasuah. Apa yang pelik, bunyi gegak gempita hendak lawan rasuah. Parti sendiri terpalit dengan rasuah. Pemimpinnya bebas tuduhan rasuah. Rakyat sudah pandai menilai. Sekarang musim rakyat tepuk dan senyum kepada pemimpin PH.

Alhamdulillah, semakin lama, semakin terserlah. Rakyat sudah kenal siapa pejuang dan siapa yang ambil peluang. Cakap tidak serupa bikin. Kokok berderai-derai, ekor bergelumang taik.


PAS bukan parti oportunis. PAS bukan parti yang tidak ada maruah sehingga hilang jati diri. PAS bukan parti yang lapar pada sokongan sampai gadai prinsip perjuangan agama dan jati diri.

Kami diajar berpolitik untuk bekalan mati. Kebenaran kawan PAS, walau pun ia dibawa oleh musuh. Kebatilan musuh PAS walau pun yang bawa itu kawan PAS.
( Hide )
  1. Manusia yang kotor dirinya memang tak layak jadi pemimpin. Bila berkata dia selalu menipu bila dia banyak berkata-kata maka Allah berbolak balikkan hatinya

    ReplyDelete

© all rights reserved
made with by templateszoo