NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Belanjawan 2019: Mahasiswa Terus Ditekan

1. Belanjawan 2019 yang dibentangkan oleh Menteri Kewangan, YB Lim Guan Eng pada awal bulan ini telah mendapat pelbagai respon daripada rakyat.

2. Meskipun dikatakan sebagai belanjawan yang terbesar dalam sejarah negara, pendidikan dilihat antara sektor yang dianaktirikan apabila terdapat pemotongan peruntukan dan polisi yang menekan golongan mahasiswa.

3. Jika dilakukan perbandingan dengan belanjawan 2018, pemotongan sebanyak 20% hingga 33% dilakukan bagi biasiswa pendidikan manakala peruntukan universiti awam dikurangkan 5% hingga 9%.

4. Tidak cukup sekadar itu, peminjam PTPTN dikehendaki membuat pembayaran hutang apabila mencapai pendapatan melebihi RM1000 sedangkan gaji minimum pula diumumkan pada paras RM1050.

5. Kesemua ini menjadi beban kepada anak muda yang saban hari diheret dengan kesempitan ekonomi. Kita tidak menafikan tanggungjawab bagi melunaskan hutang yang telah dibuat namun mekanisme yang dikenakan cukup menzalimi dan menjerut terutamanya bagi golongan B40.

6. Hal ini didorong nafsu serakah pemimpin Pakatan Harapan yang dengan mudah berlepas tangan daripada janji yang terdapat manifesto mereka iaitu menangguhkan bayaran PTPTN sehingga mencapai pendapatan bulanan RM4000.

7. Rakyat perlu berhenti serta-merta daripada terus memberi peluang kepada kerajaan kerana kita sudah letih ditabur janji manis dan terpaksa mengemis demi meraih simpati pula. Para menteri seolah-olah tiada political will untuk mengutamakan agenda pembangunan rakyat malah sering kitar semula alasan kerajaan terdahulu meninggalkan terlalu banyak hutang yang perlu ditanggung.

8. Perjuangan GAMIS jelas, kami menuntut agar kerajaan melaksanakan janji manifesto bagi memberi ruang kepada peminjam PTPTN mengimbangkan status ekonomi mereka. Tambahan pula, kerajaan perlu memperkukuhkan sistem wakaf dengan merujuk kepada model yang diamalkan oleh universiti terkemuka dunia selain memfokuskan kepada pemerkasaan ekonomi anak muda.

9. Jika kerajaan terus bersikap angkuh dengan tuntutan ini, nantikan himpunan protes daripada mahasiswa!

Istiqamah Bersama Islam

Kredit gambar: Malaysia Gazette

BELANJAWAN 2019: MAHASISWA TERUS DITEKAN

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo