NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Bajet 2019 : Penjawat Awam Terengganu Terima Insentif RM500



KUALA TERENGGANU, 26 November - Seramai 12,611 penjawat awam (Gred 54 dan ke bawah) di Terengganu bakal menerima insentif bernilai RM500 daripada kerajaan negeri.


Menteri Besar, Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar mengumumkan berita gembira itu ketika membentangkan Bajet Terengganu 2019 dalam Mesyuarat Kedua Penggal Pertama Dewan Undangan Negeri (DUN) ke- 14 di Wisma Darul Iman, semalam.

Beliau dalam ucapannya berkata, insentif itu sebagai menghargai kerja keras dan kesetiaan penjawat awam.

"Kerajaan negeri ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada penjawat awam yang berdedikasi dan komited sehingga meletakkan Negeri Terengganu antara negeri terbaik di Malaysia," katanya.

Sebanyak RM 6,305,500 diperuntukkan dan pembayaran dijangka akan mula disalurkan pada Disember.

Bajet 2019 bertemakan Negeri Berkat, Rakyat Sejahtera merupakan bajet pertama selepas peralihan kuasa di peringkat negeri pada pilihan raya umum (PRU) lalu.

Kerajaan negeri memperuntukkan sejumlah RM2.015 Bilion untuk tahun 2019 berbanding RM1.996 Bilion tahun lalu.



from teganukita https://ift.tt/2TL5Qq8

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo