NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Kelantan Anjur National Horse Show 2018



Menteri Besar Kelantan, Ustaz Dato' Bentara Kanan, Ahmad Yakob merasmikan National Horse Show 2018 di Royal Kelantan Endurance Stable Pasir Puteh Kelantan.

Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan dan NGO Kelantan, Ustaz Wan Roslan Wan Hamat turut mengiringi beliau.





Dakwaan Muhammad Adib dilanggar tidak benar: KPN


Bajet 2019 Terengganu: Kerajaan Negeri Cakna Isu Alam Sekitar


KUALA TERENGGANU, 29 November 2018 - Kerajaan Negeri Terengganu prihatin kepada masalah alam sekitar dan akan memastikan keindahan alam semula jadi dan pantai serta taman negeri sentiasa terpelihara.

Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan Kebudayaan dan Teknologi Maklumat Negeri, Ustaz Ariffin Deraman berkata, isu pencemaran mikro plastik akan diberi perhatian bagi mengekalkan kecantikan pesisir pantai.

"Kita  menerima  hakikat bahawa Terenganu merupakan negeri yang sangat  cantik terutamanya mempunyai persisiran pantai sepanjang 244 kilometer (km) dan pulau-pulau yang begitu indah serta antara terbaik di Malaysia.

"Sudah tentu sebahagian bajet RM4 juta  yang diperuntukkan untuk kebersihan akan melibatkan isu-isu kebersihan dan pencemaran mikro plastik," ujarnya.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan wakil Kuala Besut pada Persidangan Kedua Penggal Pertama Keempat Belas Dewan Undangan Negeri Terengganu semalam.

Oleh itu, beliau akan berbincang dengan semua pihak untuk menyelesaikan perkara berkaitan dengan melibatkan semua lapisan masyarakat sehinggalah ke peringkat paling bawah iaitu Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK).

Menurutnya, kerajaan bukan sahaja melantik syarikat yang  tertentu untuk menjaga kebersihan  termasuk pantai dan pulau tetapi  juga melibatkan komuniti untuk  tahun hadapan.

Sehubungan itu, beliau menegaskan Tanah Becah Setiu (Setiu Wetland) sebagai khazanah yang sangat penting dan bernilai yang akan dipelihara untuk generasi akan datang.

Oleh itu, kata beliau, kerajaan akan meningkatkan usaha memastikan taman negeri itu relevan dan mampan.

"Usaha sedang diadakan dengan menanam beribu-ribu pokok dan kita akan buat pelbagai program dan siapkan prasarana dalam masa terdekat. Antaranya medan ikan bakar, pusat pelancongan dan jeti.

"Mungkin sekarang kita tidak merasa hebatnya Setiu Wetland tapi pada saya untuk generasi akan datang, suatu peninggalan yang sangat bernilai kepada kerajaan negeri dan masyarakat amnya," jelasnya.

Justeru kata beliau, kerajaan sedang melakukan audit bagi kesemua 200 pusat-pusat pelancongan di seluruh negeri.

"Kami akan pergi ke setiap daerah  bertemu dengan pihak berkenaan dan mengenal pasti  masalah. Paling kurang kita luluskan dalam bajet sebanyak RM2 juta untuk penambahbaikan pusat pelancongan," tambah beliau.


Pengulas politik CNN dipecat kerana kritik Israel




WASHINGTON, 22 Rabiulawal 1440H, Jumaat – Syarikat penyiaran, Cable News Network (CNN) memecat wartawan dan pengulas politik, Marc Lamont Hill semalam, susulan kenyataannya yang mengkritik tindakan rejim pengganas Israel ke atas Palestin.

Memetik Washington Post, ucapan Hill yang juga seorang profesor kajian media di Universiti Temple sewaktu mesyuarat Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) mengejutkan banyak pihak, apabila menggesa kepada pembebasan Palestin.

Kenyataan itu mengundang kritikan daripada pihak konservatif dan penyokong rejim Israel, yang menyamakan Hill dengan ucapan kumpulan pejuang Palestin, Hamas.

"Marc Lamont Hill tidak lagi berada di bawah kontrak CNN," kata jurucakap syarikat penyiaran itu, Barbara Levin.

Syarikat berkenaan bagaimanapun tidak menyatakan lanjut punca pemecatan Hill.

Semalam, Hill mengeluarkan penjelasan mengenai kenyataannya, bahawa dia menyokong kebebasan Palestin dan mengkritik amalan serta dasar Israel.

"Namun, saya tidak menyokong anti-Semitisme, tindakan membunuh orang Yahudi atau perkara-perkara lain yang berkaitan dengan ucapan saya.

"Saya telah menghabiskan hidup saya untuk melawan perkara-perkara ini," katanya.- Agensi


Sumber: https://www.ismaweb.net/2018/11/30/pengulas-politik-cnn-dipecat-kerana-kritik-israel/

Sultan Nazrin berkenan menziarah Muhammad Adib



KUALA LUMPUR, 22 Rabiulawal 1440H, Jumaat – Timbalan Yang di-Pertuan Agong, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah hari ini berkenan menziarahi Muhammad Adib Mohd Kassim, anggota bomba yang cedera parah ketika rusuhan di kuil Sri Maha Mariamman, USJ 25, Putra Heights pada Selasa.

Seri Paduka berangkat tiba di pekarangan Institut Jantung Negara (IJN) pada 9 pagi dan disambut Ketua Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), Datuk Muhammad Hamdan Wahid.

Sultan Nazrin Shah berkenan meluangkan masa hampir setengah jam menziarahi Muhammad Adib.
Dalam kunjungan itu, Seri Paduka diberi taklimat oleh doktor yang bertugas mengenai tahap kesihatan terkini Muhammad Adib disamping menghulurkan sumbangan kepada keluarga anggota bomba terbabit.

Semalam, IJN dalam kenyataannya memaklumkan anggota bomba berusia 24 tahun itu sudah mula menunjukkan tanda-tanda sedar dan bertindak balas kepada beberapa arahan lisan bagaimanapun masih di bawah pemantauan rapi penggunaan sedatif untuk membolehkan organnya pulih.

Dalam kejadian awal pagi Selasa, Muhammad Adib, anggota Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Subang Jaya, dipercayai dipukul sekumpulan perusuh ketika dalam operasi memadam kebakaran kenderaan di hadapan kuil berkenaan.

Muhammad Adib yang mengalami patah tulang rusuk dan kecederaan lain pada awalnya dirawat di Pusat Perubatan Subang Jaya (SJMC) sebelum dipindahkan ke IJN lewat malam Selasa.

Insiden kekecohan di kuil itu yang berlaku kira-kira 2.30 pagi Isnin tercetus berikutan isu perpindahan tapak kuil itu ke lokasi baharu. Kejadian tertumpu di pekarangan kuil serta kawasan pusat membeli-belah One City pada hari berikutnya. – Bernama

#Pray4Adib: Solidariti Untuk Anggota Bomba



#PRAY4ADIB: SOLIDARITI UNTUK ANGGOTA BOMBA

Alhamdulillah ‘ala kulli hal. Dalam kes rusuhan di Kuil, saya lebih cenderung mengambil versi pihak Bomba bahawa Sdr Muhammad Adib memang diserang sehingga parah dan bukan dilanggar kereta Bomba. Bomba turut membuktikan bahawa yang konon dilanggar dalam video itu adalah anggota lain.

Dewan Pemuda PAS Malaysia juga telah menziarahi keluarga Encik Adib di IJN semalam. Berikut berita berkaitan:

—————————————

Alhamdulillah. Sebentar tadi Ketua Pemuda PAS YB Ustaz Muhammad Khalil Abdul Hadi, Timbalan Ketua Ir Hj Khairil Nizam Khirudin, Naib Ketua YB Ustaz Ahmad Fadhli Shaari dan rombongan Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) menziarahi keluarga Encik Muhammad Adib di Institut Jantung Negara (IJN).

Encik Adib merupakan anggota bomba yang parah diserang oleh perusuh di Kuil Sri Maha Mariamman, USJ 25, Putra Heights, Subang Jaya. Rakyat Malaysia seluruhnya mendoakan semoga Encik Adib segera sembuh.. Allahumma Aamiin.

https://www.facebook.com/479387615411779/posts/2485888874761633/

Terengganu: ADUN Wanita Untuk Semua - Zuraida



KUALA TERENGGANU, 29 November - Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) wanita pertama di Terengganu, Zuraida Md Noor menyatakan, lantikannya hari ini membuktikan bahawa Kerajaan Terengganu di bawah pentadbiran Menteri Besar, Dr Ahmad Samsuri Mokhtar menyedari kepentingan dan peranan wanita dalam kepimpinan untuk sama-sama menyumbang idea untuk pembangunan negeri.

"Saya ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada Dewan Undangan Negeri Terengganu atas pelantikan ini.

"Tugas ADUN Wanita bukan sekadar membawa isu berkaitan wanita dan kekeluargaan sahaja tetapi untuk berkhidmat kepada semua masyarakat.

"ADUN Wanita juga sebagai semak dan imbang (check and balance) kepada polisi kerajaan negeri.

"Ini kerana kami mempunyai pandang sisi berbeza sebagai seorang ibu, anak, isteri dan juga sebagai rakyat ke atas sesuatu isu," katanya.

Beliau berkata demikian dalam satu kenyataan media hari ini, mengulas tentang pelantikannya yang berlangsung di Mesyuarat Kedua Penggal Pertama DUN Terengganu Keempat Belas (Bajet) yang baru berakhir tadi.

Menurutnya, beliau percaya wanita lebih dinamik dan holistik untuk membantu kerajaan negeri untuk menyelesaikan isu rakyat.

"Dengan slogan 'ADUN Wanita Untuk Semua' insyaAllah akan berbakti untuk rakyat Terengganu sebaiknya demi agama, bangsa dan negara.

"Semoga dengan pelantikan ini akan menjayakan lagi agenda Pelan Induk Terengganu Sejahtera (PITAS 2030) ke arah Terengganu maju, berkat dan sejahtera.

Sebelumnya, Kerajaan PAS Terengganu mencipta sejarah apabila melantik Zuraida sebagai ADUN wanita pertama di Terengganu.

Zuraida, 38, yang juga Pengarah Ameerah negeri mengangkat sumpah memegang jawatan itu selama sepenggal bagi tempoh lima tahun, hari ini, di hadapan Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri (DUN), Yahaya Ali.

Pemilihan itu dibuat selaras dengan pelantikan ADUN yang termaktub dalam Perkara 27, Fasal 2, Undang-Undang Tubuh negeri Terengganu yang diluluskan ketika era pemerintahan PAS pada 1999 hingga 2004.

Untuk rekod, Terengganu merupakan negeri pertama di Semenanjung Malaysia melantik ADUN wanita yang membolehkan wanita yang tidak dicalonkan dalam Pilihan Raya Umum mewakili DUN untuk bercakap, berbahas dan mengemukakan soalan kepada DUN Terengganu, selain mempunyai hak yang sama seperti ADUN lain tetapi tidak boleh mengundi.

Sumber: https://www.teganukita.net/2018/11/adun-wanita-untuk-semua-zuraida.html

Dakwaan pihak kuil tak benar - KPN



Nurul Hidayah Bahaudin
cnews@nstp.com.my


DAKWAAN pihak Kuil Sri Maha Mariamman, USJ 25, Subang Jaya, yang menyatakan anggota bomba, Muhammad Adib Mohd Kassim, cedera akibat dilanggar jentera bomba adalah tidak benar.

Ketua Polis Negara Tan Sri Mohamad Fuzi Harun berkata, pihaknya masih menjalankan siasatan berhubung dakwaan itu termasuk keterangan daripada pihak bomba yang berada di lokasi kejadian.

“Dakwaan bahawa anggota bomba itu dilanggar jentera bomba tidak benar. Kalau dia bukan dipukul, macam mana boleh cedera sebegitu.


“Siasatan lanjut berhubung dakwaan itu sedang dijalankan selepas menerima laporan dibuat pihak bomba, semalam.

“Sebelum ini, Ketua Pengarah Bomba (Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Datuk Mohammad Hamdan Wahid ada menjelaskan mengenai perkara ini,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas merasmikan Majlis Penutupan Forum Suruhanjaya Bebas Aduan dan Salah Laku Polis (IPCMC): Ke Arah Perkhidmatan Kepolisan Yang Cemerlang di Maktab Polis Diraja Malaysia (PDRM) Kuala Lumpur, Cheras, di Kuala Lumpur, hari ini.

Mohamad Fuzi berkata, pihaknya akan memanggil pihak yang membuat dakwaan itu untuk siasatan lanjut.

“Ketika ini, kami masih mengenal pasti identiti individu yang terbabit dalam insiden itu termasuk pihak yang menyebarkan rakaman video berkaitan insiden berkenaan,” katanya.

Sebelum ini, pihak kuil terbabit mendakwa anggota bomba berkenaan tidak dipukul, namun sebaliknya dilanggar jentera bomba.

Setiausaha pasukan petugas kuil itu, V K Regu memaklumkan terdapat tiga video tular di media sosial menunjukkan jentera bomba berundur secara tiba-tiba, manakala Muhammad Adib berada di belakangnya kenderaan terbabit.

Selamat Berkhidmat untuk Negara


Pemilihan Ketua Dewan Muslimat PAS Malaysia (DMPM), Ustazah Nuridah Mohd Salleh sebagai Senator mewakili Dewan Undangan Negeri (DUN) Terengganu menjadi bukti PAS mengangkat ketokohan wanita untuk berpencak di medan sebenar.

Sekalung tahniah saya ucapkan mewakili seluruh Ahli Jawatankuasa Kerja DMPM kepada Ustazah Nuridah atas pemilihan sebagai ahli Dewan Negara.

Pengalaman beliau sebagai Ketua Muslimat serta telah hampir 30 tahun berkecimpung dalam dunia politik sedikit sebanyak akan membantu dan mendorong beliau untuk terus membawa suara PAS dalam Parlimen selain daripada 3 lagi wakil PAS.

Kami dan seluruh ahli Muslimat PAS terutamanya sentiasa mendoakan Ustazah Nuridah agar dipermudahkan setiap urusan dan langkah beliau dalam melaksanakan tugas dan tanggungjawab.

Semoga pemilihan ini menaikkan lagi kredibiliti Muslimat PAS di persada negara hingga menjadi contoh dan teladan buat semua wanita di luar sana.

Siiruu 'ala barakatillah

Dr. Rosni Adam
Timbalan Ketua
Dewan Muslimat PAS Malaysia
29 November 2018 bersamaan 21 Rabi'ul Awal 1440

https://berita.pas.org.my/selamat-berkhidmat-untuk-negara/

Bomba nafi Muhammad Adib dilanggar jentera



KUALA LUMPUR, 20 Rabiulawal 1440H, Rabu
– Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) menafikan dakwaan kononnya anggota bomba yang cedera parah dalam kejadian rusuhan di hadapan Kuil Maha Mariamman, USJ 25, Putra Heights awal pagi semalam, akibat dilanggar.

Ketua Pengarah JBPM, Datuk Mohamad Hamdan Wahid berkata, dakwaan pihak kuil bahawa mangsa dilanggar adalah tidak benar.

"Kita tidak pernah dimaklumkan mengenai perkara ini daripada anggota yang berada di lokasi kejadian. Jangan buat kenyataan yang tidak berasas," katanya dalam sidang media di Institut Jantung Negara (IJN), di sini hari ini.

Sebelum ini, Badan Bertindak Kuil Sri Maha Mariamman mendakwa, anggota bomba yang parah dalam insiden rusuhan di hadapan kuil berkenaan, berpunca daripada kemalangan jalan raya.

Setiausaha Badan Bertindak Kuil, V K Regu berkata, kejadian itu dipercayai berlaku apabila jentera JBPM cuba untuk mengundurkan kenderaannya sebelum melanggar mangsa.

Beliau berkata, pihaknya mempunyai video sebagai bukti berhubung kejadian itu namun tidak membuat laporan polis kerana video tersebut telah diberikan kepada Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan.

Mengulas mengenai perkara itu, Hamdan berkata, lelaki yang dilihat berada di belakang jentera dalam rakaman video tular bukan Muhammad Adib Mohd Kassim, sebaliknya anggota lain.

"Anggota terbabit adalah anggota dari pasukan penyelamat yang menaiki jentera FRT (jentera pemadam) bernama Mohd Hazim Mohd Rahimi," kata beliau.

Sebelum ini dilaporkan, berlaku satu lagi insiden kekecohan di Kuil Sri Maha Mariamman di sini sehingga menyebabkan seorang anggota Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Subang Jaya cedera parah.

Muhammad Adib Mohd Kassim, 24, berada dalam keadaan tidak sedarkan diri dipercayai mengalami kecederaan patah tulang rusuk serta beberapa kecederaan dalaman.


Sumber: https://www.ismaweb.net/2018/11/28/bomba-nafi-muhammad-adib-dilanggar-jentera/

Promosi Bilik DITC Sempena Ijtimak Kepimpinan PAS Negeri Terengganu


KEMAMAN, 28 Nov 2018 - Darul Iman Training Center (DITC) menawarkan promosi bilik penginapan kepada peserta Ijtimak Kepimpinan PAS Negeri Terengganu yang akan berlangsung pada 30 November - 1 Disember ini bertempat di Dewan Berlian, Majlis Perbandaran Kemaman.




Harga bilik yang ditawarkan DITC sempena Ijtimak ini adalah serendah RM50 bagi bilik "Twin Sharing" yang menyediakan 2 katil bujang. Manakala RM60 bagi bilik "Single" yang menyediakan 1 katil bersaiz "Queen".

Menurut Ketua Eksekutif DITC, Tuan Haji Mohd Shuhaimi Embong "Kita menyediakan 32 bilik 'Single' dan 164 bilik 'Twin Sharing', dan sempena Ijtimak kali ini kita mengadakan promosi bilik kepada peserta yang akan hadir penghujung bulan nanti."

DITC merupakan anak syarikat kerajaan negeri Terengganu, menyediakan infrastruktur untuk latihan dan seminar. 

Lokasinya yang menarik di tepi Pantai Teluk Kalong, menyajikan pemandangan dan suasana segar dan nyaman kepada pengunjung dengan jarak hanya 13 km daripada Bandar Chukai, Kemaman.

DITC menyediakan sewaan bilik untuk kursus dan seminar, selain sesuai untuk majlis jamuan perkahwinan. Dewan berhawa dingin dilengkapi sistem bunyi dan tayangan mampu memuatkan 1000 orang dalam satu masa.

Maklumat lanjut dan urusan tempahan boleh hubungi DITC ditalian 09-863 3606 atau 013-950 8485 (Pn Nazliza) atau emel ke booking.ditc@gmail.com

Rusuhan di kuil: Usah curah minyak ke dalam api marak


KUALA LUMPUR, 20 Rabiulawal 1440H, Rabu – Semua pihak dinasihatkan untuk tidak melakukan sebarang bentuk provokasi yang mencetuskan ketegangan, tegas Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al Bakri.

Mengikuti perkembangan insiden yang berlaku di Kuil Sri Maha Mariamman, beliau berkata masyarakat khususnya di media sosial perlu bertenang dan cuba mengelakkan sebarang tindakan yang membawa kepada situasi konflik lebih meruncing.

"Peringatan kepada mana-mana pihak untuk tidak mencurahkan minyak ke dalam api yang marak kerana ia bakal membawa kerosakan jauh lebih memudaratkan.

"Isu ini perlu ditangani dengan serius dan berhati-hati. Kita sebagai rakyat Malaysia tidak sudi mempertaruhkan masa depan bersama atas isu ini, yang pada hakikatnya boleh diselesaikan dengan penuh muhibah

"Justeru, keharmonian antara kaum di negara ini wajar terus dipertahan, dan rundingan damai melibatkan pihak berkaitan juga perlu dimulakan dengan segera," katanya dalam satu kenyataan.

Kira-kira jam 2 pagi Isnin, ratusan individu berkumpul di kawasan tapak kuil Sri Maha Mariamman sebelum tercetus pergaduhan di lokasi terbabit.

Difahamkan, perselisihan faham antara dua kumpulan mengenai isu perpindahan tapak kuil itu menjadi punca pergaduhan berkenaan.

Awal pagi semalam, berlaku satu lagi insiden kekecohan terbaharu di kuil berkenaan sehingga menyebabkan Seorang anggota Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Subang Jaya cedera parah.

Susulan itu, Dr Zulkifli turut menzahirkan rasa simpati di atas kecederaan yang menimpa mangsa yang terlibat dalam kejadian rusuhan di kuil terbabit.

"Kami mendoakan semoga keadaan mangsa, Muhammad Adib bertambah baik dari semasa ke semasa," katanya.


Sumber: https://www.ismaweb.net/2018/11/28/rusuhan-di-kuil-usah-curah-minyak-ke-dalam-api-marak/

Anggota bomba diserang perusuh dipindah ke IJN



SUBANG JAYA, 20 Rabiulawal 1440H, Rabu – Anggota bomba, Muhammad Adib Mohd Kassim, 24, yang kritikal akibat dipukul dalam kekecohan di kuil Sri Maha Mariamman di USJ 25, Subang Jaya, dipindahkan ke Institut Jantung Negara (IJN), Kuala Lumpur, malam tadi.


Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Zuraida Kamaruddin berkata, keputusan itu diambil selepas perbincangan antara pakar perubatan IJN dan Pusat Perubatan Subang Jaya (SJMC).

"Keputusan ini di ambil selepas Muhammad Adib menunjukkan sedikit perkembangan positif dan kelengkapan di SJMC tidak begitu sesuai bagi tujuan perawatannya. Di IJN terdapat sebuah mesin yang boleh memberi rawatan tambahan bagi meningkatkan keupayaan kemasukan oksigen untuk mengaktifkan paru-parunya.

"Jadi, kita buat keputusan untuk pindahkan Muhammad Adib sekitar pukul 10.30 malam tadi selepas mendapat persetujuan ibu bapanya," katanya pada pemberita selepas melawat mangsa di SJMC sebelum dipindahkan ke IJN.

Dalam kejadian awal pagi Selasa, Muhammad Adib dipercayai dipukul sekumpulan perusuh ketika dalam operasi memadam kebakaran kenderaan di hadapan kuil tersebut.

Zuraida berkata, keadaan Muhammad Adib dilaporkan semakin stabil berbanding tengah hari semalam selepas lebih setengah hari mendapat rawatan di unit rawatan rapi (ICU).

"Tekanan darahnya juga semakin baik dan dia tidak sedarkan diri kerana diberikan sedatif," katanya.
Ambulans yang membawa Mohamad Adib meninggalkan SJMC pada pukul 11.33 malam dengan diiringi pegawai perubatan SJMC dan IJN, ibu bapa dan ahli keluarganya serta beberapa pegawai bomba sebelum tiba di IJN sejurus sebelum 12 tengah malam – Bernama

Pembunuhan Jamal Khashoqqi: Bodoh Dan Tidak Berakhlak

Peristiwa pembunuhan paling kejam terhadap Jamal Khashoqgi, wartawan tersohor di peringkat antarabangsa menggemparkan seluruh dunia. Hukuman tidak sepadan dengan tuduhan terhadapnya yang dikira layak dihukum bunuh, sehingga sifat dan caranya lebih jahiliah dan jahat daripada yang jakun di hutan rimba.

Saya membaca dan mendengar secara terperinci rakaman temu ramah dan dialog wartawan tersebut. Bahasanya halus dan sangat bijaksana. Hanya kerana mengkritik kerajaannya yang menutup pintu kebebasan mengkritik (memberi nasihat), walaupun kritikan itu adalah kewajipan besar dalam agama Islam (Amar Maaruf dan Nahi Mungkar) dan konsep demokrasi yang dikenali terkini menggalakkan teguran membina dan nasihat yang berfaedah kepada pihak berkuasa supaya jangan salah laku, sehingga mengongkong rakyat yang menegurnya. 

Berlakunya pula penahanan para ulama, ada khatib yang diseret turun dari mimbar masjid. Adanya ilmuan dan pemimpin masyarakat di negara yang dicintainya  ditahan kerana memberi pandangan, termasuk kalangan yang diam tidak menyokong kerajaan juga dikira satu kesalahan. Paling tegas Almarhum Khashoqgi menyatakan tiada faedah negaranya mengadakan hubungan sulit dengan negara haram Israel. 

Kenyataannya yang tajam dan berani, menegaskan bahawa sesiapa yang mengecewakan Baitul Maqdis tidak layak menjaga dua Tanah Suci Makkah dan Madinah. 

Semua nasihat itu dianggap kesalahan yang boleh dihukum bunuh dengan dipancung kepala, dihancur lumat jasadnya, kemudian dibawa pulang kepalanya dalam beg diplomatik untuk dipersembahkan kepalanya menjadi bukti kepada pihak yang membuat keputusan menghapuskannya. Peristiwa ini dikecam seluruh pelosok dunia Islam dan bukan Islam kerana berlaku di luar sikap kemanusiaan. 

Dalam kisah Melayu purba, diceritakan Raja Negeri bernama Temasik menjatuhkan hukuman bunuh ke atas seorang pemuda yang mencadangkan kepada raja yang memerintah rakyatnya menahan betis apabila negeri diserang ikan todak. Pemuda itu menasihati digunakan batang pisang untuk dijadikan benteng pertahanan, jangan menyakitkan betis. Malangnya hukuman terhadap pemuda itu ialah dibunuh, kerana bijak dan cerdiknya membahayakan negara. Nanti boleh membahayakan kedudukan  jamaah menteri dan rajanya yang bodoh itu. 

Begitulah juga dikisahkan negara Greek purba yang bertamadun, membunuh ahli falsafah kerana kebijaksanaannya. Ada juga kisah raja yang memerintah supaya dipotong tangan arkitek yang melukis pelan istananya yang indah, supaya jangan diambil oleh pihak lain yang boleh membuat istana sepertinya atau lebih cantik daripadanya. Demikianlah kisah-kisah apabila si bodoh menjadi pemimpin, orang yang bijak mesti dibunuh kerana dianggap bahaya kepada negara. 

Islam berjaya mencipta tamadunnya kerana memuliakan ahli ilmu dan orang yang bijaksana, termasuk dalam ilmu duniawi daripada pelbagai bangsa dan agama, daripada Timur dan Barat, kerana firman Allah:

ŁˆَŲ§Ł„َّŲ°ِŁŠŁ†َ Ų§Ų¬ْŲŖَŁ†َŲØُŁˆŲ§ Ų§Ł„Ų·َّŲ§ŲŗُŁˆŲŖَ Ų£َŁ† ŁŠَŲ¹ْŲØُŲÆُŁˆŁ‡َŲ§ ŁˆَŲ£َŁ†َŲ§ŲØُŁˆŲ§ Ų„ِŁ„َŁ‰ Ų§Ł„Ł„َّŁ‡ِ Ł„َŁ‡ُŁ…ُ Ų§Ł„ْŲØُŲ“ْŲ±َŁ‰ٰ ۚ ŁَŲØَŲ“ِّŲ±ْ Ų¹ِŲØَŲ§ŲÆِ (17) Ų§Ł„َّŲ°ِŁŠŁ†َ ŁŠَŲ³ْŲŖَŁ…ِŲ¹ُŁˆŁ†َ Ų§Ł„ْŁ‚َŁˆْŁ„َ ŁَŁŠَŲŖَّŲØِŲ¹ُŁˆŁ†َ Ų£َŲ­ْŲ³َŁ†َŁ‡ُ ۚ Ų£ُŁˆŁ„َٰŲ¦ِŁƒَ Ų§Ł„َّŲ°ِŁŠŁ†َ Ł‡َŲÆَŲ§Ł‡ُŁ…ُ Ų§Ł„Ł„َّŁ‡ُ ۖ ŁˆَŲ£ُŁˆŁ„َٰŲ¦ِŁƒَ Ł‡ُŁ…ْ Ų£ُŁˆŁ„ُŁˆ Ų§Ł„ْŲ£َŁ„ْŲØَŲ§ŲØِ (18)

“Dan orang-orang yang menjauhi dirinya dari menyembah atau memuja taghut (pelampau) serta mereka merujuk kembali yakni taat bulat-bulat kepada Allah, mereka akan beroleh berita yang menggembirakan (sebaik sahaja mereka mulai meninggal dunia); oleh itu gembirakanlah hamba-hambaKu (18); Mereka yang berusaha mendengar perkataan-perkataan yang sampai kepadanya, lalu mereka memilih dan menurut akan yang terbaik (pandangan dan pendapatnya); Mereka itulah orang-orang yang diberi hidayah petunjuk oleh Allah dan mereka itulah orang-orang yang berakal sempurna” (19). (Surah Az-Zumar: 17-18)

Walaupun ayat ini asalnya dikaitkan dengan aqidah, tetapi Al-Quran adalah petunjuk dalam urusan agama dan urusan dunia yang menjadi jambatan menuju Akhirat. Ini telah ditafsirkan oleh sabda Rasulullah S.A.W.:

Ų§Ł„Ų­ŁƒŁ…Ų© Ų¶Ų§Ł„Ų© Ų§Ł„Ł…Ų¤Ł…Ł† ŁŲ£Ł†Ł‰ ŁˆŲ¬ŲÆŁ‡Ų§ ŁŁ‡Łˆ Ų£Ų­Ł‚ ŲØŁ‡Ų§

“Kebijaksanaan itu laksana barang tercicir yang menjadi milik orang yang beriman, maka di mana sahaja ia dijumpai, dialah yang paling berhak mengambilnya”. 

Kembali kepada laporan media terkini, peristiwa pembunuhan kejam tersebut menunjukkan segala keterangannya sangat nyata, terang lagi bersuluh, sehingga tidak mampu dinafikan, bahawa Jamal Khashoqgi Rahimahullah telah dibunuh kejam. Keterangan melalui rakaman video dan saksi inteligen Turki yang bertugas di situ tanpa disedarinya. Tindakan bunuh itu lebih dahsyat dari zaman purba, kerana cara bunuhnya itu sangat kejam dan ia diharamkan oleh agama dan undang-undang dunia. 

Bahkan Al-Quran dan Hadis lebih awal mengharamkan dicincang mayat musuh yang sudah mati dibunuh dalam peperangan yang diizinkan. Ini pula rakyatnya sendiri yang seagama dan sebangsa dengan negara yang paling ditonjolkan Islamnya tetapi sangat memalukan penganut Islam di seluruh pelosok dunia. Bukan Islam tidak tahu bahawa caranya itu paling tidak Islamik.

Apa yang dilakukan terhadap mayat Almarhum Jamal Khashoqgi itu dahsyat dan mengerikan. Sehingga Presiden Donald Trump mengaku tidak tahan menyaksikan semuanya dan membela pelakunya kerana tidak percaya kepada CIA kepunyaan negaranya sendiri. Akalnya tidak boleh percaya atau buat tidak percaya jasadnya dicincang dan dihancurkan dengan bahan kimia. Manakala kepalanya dibawa pulang ke negara asal untuk menjadi bukti kepada pihak berkenaan. 

Adapun mengikut laporan rasmi kerajaan Turki, tempat berlakunya jenayah kejam ini di bangunan Konsulat Saudi di Istanbul. Pelakunya ramai dan berpasukan yang datang ke Istanbul dengan dua pesawat khas, menggunakan pasport dan beg diplomatik. 

Pembunuhan dilakukan di bangunan Konsulat Arab Saudi yang mendapat hak Undang-undang Antarabangsa yang tidak boleh dimasuki dengan sewenang-wenangnya, melainkan dengan keizinan khas walaupun pihak polis Turki, negara tuan rumah tempat di mana berlakunya pembunuhan kejam itu.

Sehingga kini pihak Turki tidak boleh bertindak bagi menyempurnakan siasatan terhadap rombongan penjenayah yang disenaraikan dengan gambar wajah dan pengenalannya yang dirakamkan penuh segala pergerakannya, kerana sudah keluar pulang dan berada dalam negara mereka itu. 

Adapun negaranya yang bernama Arab Saudi pula telah membuat kenyataan sendiri beberapa kali, yang sentiasa berbeza-beza. Pihaknya pula menyatakan telah bertindak menyiasat dan menyenaraikan nama yang tidak boleh diumumkan. 

Jenayah yang bertaraf tinggi ini telah dikutuk oleh semua negara melainkan Israel dan beberapa pemimpin yang sewaktu dengannya. Israel bertindak demikian kerana kepentingan keselamatan dan keamanannya. Adapun pemimpin negara yang bersamanya kerana duit yang disuap atau keuntungan menjual senjata lebih penting daripada perikemanusiaan, maruah diri dan negara, tidak mempedulikan perkara lain selain daripada duit itu, walaupun sudah kaya raya.

Demikianlah kita sedang menyaksikan lagak negara paling kaya dan mengaku paling beragama serta paling demokratik, paling adil dan paling kuat menegakkan hak asasi manusia dan paling kuat Islamnya. Tiba-tiba paling pelahap harta walaupun sudah paling kaya, parahnya paling kejam berpusing ke belakang pada zaman jahiliah batu dan jakun paling purba.

Peristiwa ini mengingatkan kita sabda Rasulullah S.A.W.

Ų³ŁŠŲÆ Ų§Ł„Ų“Ł‡ŲÆŲ§Ų” Ų­Ł…Ų²Ų© ŲØŁ† Ų¹ŲØŲÆ Ų§Ł„Ł…Ų·Ł„ŲØ، ŁˆŲ±Ų¬Ł„ Ł‚Ų§Ł… Ų„Ł„Ł‰ Ų„Ł…Ų§Ł… Ų¬Ų§Ų¦Ų± ŁŲ£Ł…Ų±Ł‡ ŁˆŁ†Ł‡Ų§Ł‡، ŁŁ‚ŲŖŁ„Ł‡. Ų±ŁˆŲ§Ł‡ Ų§Ł„Ų­Ų§ŁƒŁ… - ŁˆŲµŲ­Ų­Ł‡ - ŁˆŲ§Ł„Ų®Ų·ŁŠŲØ، ŁˆŲµŲ­Ų­Ł‡ Ų§Ł„Ų£Ł„ŲØŲ§Ł†ŁŠ.   

“Penghulu para syuhada’ ialah Hamzah bin Abdul Muttalib dan seorang yang tampil menasihati pemimpin yang zalim, dia menyuruh (kepada kebaikan dan melarang kemungkaran), lalu dia dibunuh”.

Islam mengajar pemimpin negara supaya terbuka menerima nasihat dan teguran Rasulullah S.A.W. dan para Khulafa’ Rasyidin R.A. dengan menjadikannya teladan paling baik. Mereka telah berlaku paling adil pada zamannya dan menjadi contoh kepada seluruh manusia sepanjang zaman, memberi keterbukaan dan keizinan dalam mengkritik dan menghukum terhadap salah lakunya kalau ada terpandang.

Al-Quran meriwayatkan kisah benar, betapa Nabi Daud A.S. bersujud taubat kerana merasakan dirinya bersalah. Nabi Sulaiman A.S. menerima laporan binatang burung dan mendengar pengaduan semut yang kecil dan lemah. Rasulullah S.A.W. meminta para sahabatnya menceritakan secara terus terang kalau ada apa-apa salah lakunya untuk bertaubat dan meminta kemaafan. Khalifah Umar bin Al Khattab R.A. bersyukur kerana ada orang mengancamnya dengan pedang kalau dia menyeleweng dari kebenaran dan tidak berlaku adil.

Konsep demokrasi yang memberi hak kebebasan mengkritik terhadap pihak kerajaan adalah paling sinonim dengan konsep pemerintahan Islam yang meletakkan teguran terhadap pemimpin adalah jihad akbar. Inilah sunnah para Rasul dan para ulama yang menurut jejak langkahnya.

Benarlah Allah mendedahkan adanya manusia yang melampau lebih dari binatang:

ŁˆَŁ„َŁ‚َŲÆْ Ų°َŲ±َŲ£ْŁ†َŲ§ Ł„ِŲ¬َŁ‡َŁ†َّŁ…َ ŁƒَŲ«ِŁŠŲ±ًŲ§ Ł…ِّŁ†َ Ų§Ł„ْŲ¬ِŁ†ِّ ŁˆَŲ§Ł„ْŲ„ِŁ†Ų³ِ Ł„َŁ‡ُŁ…ْ Ł‚ُŁ„ُŁˆŲØٌ Ł„َّŲ§ ŁŠَŁْŁ‚َŁ‡ُŁˆŁ†َ ŲØِŁ‡َŲ§ ŁˆَŁ„َŁ‡ُŁ…ْ Ų£َŲ¹ْŁŠُŁ†ٌ Ł„َّŲ§ ŁŠُŲØْŲµِŲ±ُŁˆŁ†َ ŲØِŁ‡َŲ§ ŁˆَŁ„َŁ‡ُŁ…ْ Ų¢Ų°َŲ§Ł†ٌ Ł„َّŲ§ ŁŠَŲ³ْŁ…َŲ¹ُŁˆŁ†َ ŲØِŁ‡َŲ§ ۚ Ų£ُŁˆŁ„َٰŲ¦ِŁƒَ ŁƒَŲ§Ł„ْŲ£َŁ†ْŲ¹َŲ§Ł…ِ ŲØَŁ„ْ Ł‡ُŁ…ْ Ų£َŲ¶َŁ„ُّ ۚ Ų£ُŁˆŁ„َٰŲ¦ِŁƒَ Ł‡ُŁ…ُ Ų§Ł„ْŲŗَŲ§ŁِŁ„ُŁˆŁ†َ 

“Dan sesungguhnya Kami jadikan untuk neraka jahanam ramai dari kalangan jin dan manusia yang mempunyai hati nurani yang boleh berfikir, (tetapi) tidak mahu memahami dengannya (ayat-ayat Allah), dan yang mempunyai mata (tetapi) tidak mahu melihat dengannya. Dan yang mempunyai telinga (tetapi) tidak mahu mendengar dengannya (ajaran dan nasihat); Mereka itu seperti binatang ternak, bahkan mereka lebih sesat lagi; Mereka itulah orang-orang yang lalai”. (Surah Al-A’raaf: 179)

Apakah hikmah Allah menjadikan tanah air tempat lahir Rasulnya Ibrahim A.S. adalah tanah air Raja Namrud yang dilaknat. Tanah air Nabi Musa A.S. juga adalah negara kepada Firaun paling taghut. Begitulah Makkah dan Madinah Tanah Suci kelahiran Rasulullah S.A.W. adalah tempatnya Abu Jahal, Abu Lahab dan Abdullah bin Ubai pemimpin munafik tersohor. Pada zaman ketiadaan Rasulullah S.A.W. bersama kita, segalanya tidak dijangka berlaku, maka keadaannya sangat menguji keimanan kita. 

Walaupun yang zalim itu terlepas daripada hukum dunia, kerana menyalahgunakan amanah kuasa memerintah. Allah berjanji dengan firmannya:

Ų„ِŁ„َّŲ§ Ų§Ł„َّŲ°ِŁŠŁ†َ Ų¢Ł…َŁ†ُŁˆŲ§ ŁˆَŲ¹َŁ…ِŁ„ُŁˆŲ§ Ų§Ł„ŲµَّŲ§Ł„ِŲ­َŲ§ŲŖِ ŁˆَŲ°َŁƒَŲ±ُŁˆŲ§ Ų§Ł„Ł„َّŁ‡َ ŁƒَŲ«ِŁŠŲ±ًŲ§ ŁˆَŲ§Ł†ŲŖَŲµَŲ±ُŁˆŲ§ Ł…ِŁ† ŲØَŲ¹ْŲÆِ Ł…َŲ§ ŲøُŁ„ِŁ…ُŁˆŲ§ ŁˆَŲ³َŁŠَŲ¹ْŁ„َŁ…ُ Ų§Ł„َّŲ°ِŁŠŁ†َ ŲøَŁ„َŁ…ُŁˆŲ§ Ų£َŁŠَّ Ł…ُŁ†Ł‚َŁ„َŲØٍ ŁŠَŁ†Ł‚َŁ„ِŲØُŁˆŁ†َ (227) 

“Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh (dari kalangan penyair-penyair itu), dan mereka pula mengingati Allah sebanyak-banyaknya, serta mereka membela diri sesudah mereka dianiaya. Dan (ingatlah), orang-orang yang melakukan sebarang kezaliman, akan mengetahui kelak, akan menuju ke mana, mereka akan kembali”. (Surah As-Syu’araa’: 227)

Kita sedang menyaksikan kemarahan rakyat dan beberapa tokoh di Amerika terhadap presidennya yang dipilih dalam pilihan raya yang lalu. Tunggu dan lihat siapa yang lebih berkuasa di antara demokrasi yang bertuhankan suara rakyat, berslogankan suaranya suara keramat mengikut aqidah demokrasi atau suara rakyat tenggelam di dalam timbunan duit yang ditunggu-tunggu tanpa mempedulikan kata-kata yang melabelkannya bodoh dan tidak bermoral.

Kita saksikan juga para ulama yang menyambung perjuangan para anbia di muka bumi tanah suci yang dimuliakan itu berwawasan Akhirat atau para ulama yang berwawasan dunia tanpa Akhirat walaupun menjilat sesiapa yang dimuliakan dan dimaha sucikan tanpa mengira apa sahaja dosa yang dilakukan dan perhitungan hak dan batilnya. Allah membandingkan mereka laksana anjing yang sentiasa menjelirkan lidahnya kerana sentiasa menghidu untuk mengisikan perut sepanjang masa. Firman Allah: 

ŁˆَŲ§ŲŖْŁ„ُ Ų¹َŁ„َŁŠْŁ‡ِŁ…ْ Ł†َŲØَŲ£َ Ų§Ł„َّŲ°ِŁŠ Ų¢ŲŖَŁŠْŁ†َŲ§Ł‡ُ Ų¢ŁŠَŲ§ŲŖِŁ†َŲ§ ŁَŲ§Ł†Ų³َŁ„َŲ®َ Ł…ِŁ†ْŁ‡َŲ§ ŁَŲ£َŲŖْŲØَŲ¹َŁ‡ُ Ų§Ł„Ų“َّŁŠْŲ·َŲ§Ł†ُ ŁَŁƒَŲ§Ł†َ Ł…ِŁ†َ Ų§Ł„ْŲŗَŲ§ŁˆِŁŠŁ†َ (175) ŁˆَŁ„َŁˆْ Ų“ِŲ¦ْŁ†َŲ§ Ł„َŲ±َŁَŲ¹ْŁ†َŲ§Ł‡ُ ŲØِŁ‡َŲ§ ŁˆَŁ„َٰŁƒِŁ†َّŁ‡ُ Ų£َŲ®ْŁ„َŲÆَ Ų„ِŁ„َŁ‰ Ų§Ł„ْŲ£َŲ±ْŲ¶ِ ŁˆَŲ§ŲŖَّŲØَŲ¹َ Ł‡َŁˆَŲ§Ł‡ُ ۚ ŁَŁ…َŲ«َŁ„ُŁ‡ُ ŁƒَŁ…َŲ«َŁ„ِ Ų§Ł„ْŁƒَŁ„ْŲØِ Ų„ِŁ† ŲŖَŲ­ْŁ…ِŁ„ْ Ų¹َŁ„َŁŠْŁ‡ِ ŁŠَŁ„ْŁ‡َŲ«ْ Ų£َŁˆْ ŲŖَŲŖْŲ±ُŁƒْŁ‡ُ ŁŠَŁ„ْŁ‡َŲ« ۚ Ų°َّٰŁ„ِŁƒَ Ł…َŲ«َŁ„ُ Ų§Ł„ْŁ‚َŁˆْŁ…ِ Ų§Ł„َّŲ°ِŁŠŁ†َ ŁƒَŲ°َّŲØُŁˆŲ§ ŲØِŲ¢ŁŠَŲ§ŲŖِŁ†َŲ§ ۚ ŁَŲ§Ł‚ْŲµُŲµِ Ų§Ł„ْŁ‚َŲµَŲµَ Ł„َŲ¹َŁ„َّŁ‡ُŁ…ْ ŁŠَŲŖَŁَŁƒَّŲ±ُŁˆŁ†َ (176(

“Dan bacakanlah kepada mereka (wahai Muhammad), khabar berita seorang yang Kami beri kepadanya (pengetahuan mengenai) ayat-ayat (Kitab) kami. Kemudian ia menjadikan dirinya terkeluar dari mematuhinya, lalu ia diikuti oleh syaitan (dengan godaannya), maka jadilah mereka dari kalangan orang-orang yang sesat. (175); Dan kalau Kami kehendaki nescaya Kami tinggikan pangkatnya dengan (sebab mengamalkan) ayat-ayat itu, tetapi ia bermati-matian dengan bersikap cenderung kepada dunia dan menuruti hawa nafsunya. Maka bandingannya adalah seperti anjing, jika Engkau menghalaunya, ia menghulurkan lidahnya termengah-mengah, dan jika Engkau membiarkannya, ia juga menghulurkan lidahnya termengah-mengah. Demikianlah bandingan orang-orang yang mendustakan ayat-ayat Kami. Maka ceritakanlah kisah-kisah itu supaya mereka berfikir” (176). (Surah Al-A’raaf: 175-176)

“Islam Memimpin”

ABDUL HADI AWANG
Presiden PAS

Bertarikh: 20 Rabiul Awwal 1440 / 28 November 2018








Full Point Ucapan YB Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang Geopolitik & Masa Depan Islam Universiti Islam Antarabangsa Malaysia



Full Point Ucapan
YB Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang
Geopolitik & Masa Depan Islam
Universiti Islam Antarabangsa Malaysia

MUQADDIMAH

1) Terdapat di kalangan bukan Islam yang mengkaji sejarah sejak awal dunia sehingga kini

2) Tidak pernah ada agama-agama lain, ideologi-ideologi lain daripada Islam yang boleh menunjukkan model yang berjaya dilaksanakan

3) Islam akhir zaman yang dipimpin Nabi Muhammad diutuskan oleh Allah dengan mukjizat ilmu berbeza mukjizat rasul terdahulu

4) Mencipta generasi awal umat Islam di bumi yang kering, Mekah. Lembah yang tiada sumber

5) Allah memulakan agenda peranan manusia di atas muka bumi dengan ilmu bukan dengan ekonomi, bukan dengan politik dahulu. Termasum Adam, sebelum dihantar ke bumi, dibina syakhsiyyah jati diri dengan ilmu mengikut naluri manusia yang punya jasad, roh individu masyarakat

6) Mendirikan negara masyarakat majmuk, melaksanakan teori masyarakat madani yanh hanya menjadi impian ahli falsafah Barat.

7) Bukan sahaja Al-Quran memandu ilmu wahyu kepada manusia termasuk ilmu duniawi yang memberi manfaat

8). Ahli falsafah Greek dibunuh kerana bijak, ada negara yang potong tangan arkitek kerana berjaya melukiskan istana yang indah, dipotong tangannya

9) Bila Islam datang, bukan sahaja mengislamkan manusia termasuk mengislamkan ilmu.

10) Melaksanakan firman Allah

Ų§Ł‚ْŲ±َŲ£ْ ŲØِŲ§Ų³ْŁ…ِ Ų±َŲØِّŁƒَ

Baca dengan nama Tuhan, dengan petunjuk Tuhan

Ų¹َŁ„َّŁ…َ ŲØِŲ§Ł„ْŁ‚َŁ„َŁ…ِ

Mengajar manusia dengan kalam

11) Dinyatakan oleh pesanan Nabi,

Ų§Ł„ْŲ­ِŁƒْŁ…َŲ©ُ Ų¶َŲ§Ł„َّŲ©ُ Ų§Ł„ْŁ…ُŲ¤ْŁ…ِŁ†ِ، Ų­َŁŠْŲ«ُŁ…َŲ§ ŁˆَŲ¬َŲÆَŁ‡َŲ§ ŁَŁ‡ُŁˆَ Ų£َŲ­َŁ‚ُّ ŲØِŁ‡َŲ§

Kebijaksanaan milik orang beriman, di mana saja dijumpai laksana barang tercicir, barang hilang, barang tak bertuan maka orang beriman yang paling berhak dibandingkan ilmu dan bijaksana begitu rupa

12) Maka orang Islam mengumpulkan ilmu2 seluruh pelusuk dunia daripada Tamadun Parsi, Rom, China, India dan lain-lain, diterjemahkan ke dalam bahasa Arab maka lahirlah Tamadun Islam

13) Berjaya mengislamkan manusia dan ilmu, memerintah negara masyarakat majmuk, berbilang agama, berbilang bangsa dan kaum, disaksikan penganut-penganut bukan Islam di Mesir, di Utara Afrika, di Iran, di Syria, di Asia Tengah, masih ada rumah-rumab ibadat termasuk di rantau kita, Melayu Nusantara ini, Borobudur di Indonesia menandakan adanya penganut-penganut bukan Islam yang tidak dipaksa tetapi Islam menguasai negara yang diterima masyarakat majmuk dalam keadaan aman kerana konsep yang dilaksanakan bersifat sejagat

14) Beriman kepada Allah, tiada sesiapa yang boleh mengatasi undang-undang, bertaqwa, martabat manusia bukan bangsa dan warna kulit, yang bertaqwa paling mulia, adil untuk semua di mana Islam memimpin dunia

15) Kejatuhan umat Islam setelah mereka meninggalkan ajaran Islam itu sendiri.

16) Berlaku zaman kelemahan. Negara umat Islam dijajah.

GEOPOLITIK DUNIA

17) Pasca Perang Dingin yang meruntuhkan sosialisme dan komunisme di abad yang lalu. Soviet Union hancur, negara komunis berkecai menyebabkan negeri-negeri Islam yang dijajah komunis bebas menubuhkan negeri masing-masing

18) Yang tinggal adalah Barat, liberal kapitalisme. Bila berlakunya keruntuhan komunisme dan sosialisme, tokoh-tokoh ilmuan Barat berasa bangga

19) Prof Francis Fukuyama menyatakan bahawa tidak ada lagi tamadun melainkan tamadun Barat. Satu saja tamadun yang tinggal selepas kejatuhan komunis, semua tamadun-tamadun yang lain dalam lipatan sejarah

20) Namun Prof Huntington menyanggah pandangan Fukuyama. Di sana ada yang tersembunyi, yang masih hidup segar dan kuat iaitulah Islam.

21) Henry Kissinger, bekas setiausaha luar Amerika yang masih hidup lagi, orang tua ini tajam fikirannya, mengatakan bahawa dunia Barat perlu menyedari yang mencabar mereka adalah Islam walaupun Islam ini tidak ada negara besar yang melindunginya, tak ada kuasa pemerintahan yang menjaganya tetapi kekuatan ajaran Islam itu membimbangkan

22) Disaksikan bagaimana berlakunya kebangkitan seluruh umat Islam walaupun terdapat agenda Barat untuk menghapuskan Islam ini

23) Allah menunaikan janjinya.

ŁŠُŲ±ِŁŠŲÆُŁˆŁ†َ Ł„ِŁŠُŲ·ْŁِŲ¦ُŁˆŲ§ Ł†ُŁˆŲ±َ Ų§Ł„Ł„َّŁ‡ِ ŲØِŲ£َŁْŁˆَŲ§Ł‡ِŁ‡ِŁ…ْ ŁˆَŲ§Ł„Ł„َّŁ‡ُ Ł…ُŲŖِŁ…ُّ Ł†ُŁˆŲ±ِŁ‡ِ ŁˆَŁ„َŁˆْ ŁƒَŲ±ِŁ‡َ Ų§Ł„ْŁƒَŲ§ŁِŲ±ُŁˆŁ†َ

Mereka hendak memadamkan cahaya agama Allah dengan mulut-mulut mereka namun Allah tetap menyempurnakan cahayanya walaupun dibenci oleh orang yang melawan, yang ingkar akan Islam

24) Walaupun mereka berjaya menjatuhkan Khilafah Uthmaniyah, bermula dengan kejatuhan Melaka 1511 diakhiri dengan tumbangnya Uthmaniyah 1924, dilaksanakan Perjanjian Sykes-Picot, membahagi-bahagikan Asia Barat di kalangan kuasa-kuasa Barat, British, Perancis, Itali. Perjanjian Betawi, Perjanjian Bangkok dibahagikan rantau Asia Tenggara ini. Indo-China kepada Perancis. Kita ada Cham di sana, Orang Champa, Orang Islam pun ada negara, Selatan Thailand kepada Buddha Siam, kawasan Malaysia (kepada) British, Indonesia (kepada) Belanda.

25) Dibahagi-bahagikan sesama mereka laksana membahagi pusaka peninggalan orang mati tetapi penentangan terhadap penjajah berterusan

26) Di sini menandakan bahawa mereka tidak boleh memadamkan cahaya Islam.

27) Melalui kajian Orientalis, Snouck Hurgronje dan lain-lain lagi yang mengkaji rahsia jati diri umat Islam, mereka membuat kesimpulan - 3 perkara yang tidak boleh dipandang remeh-temeh, menjadi roh yang menjana orang Islam. Yang pertama Al-Quran Al Karim, yang kedua sembahyang Jumaat seminggu sekali dengar khutbah Jumaat, yang ketiga Haji di Baitullah al-Haram di Mekah, bukan saja pergi Mekah. Mereka mengaji di masjid Mekah dan Madinah. Ada ulama-ulama Tanah Jawi, ulama India dan lain-lain mengajar di Masjid. Pengetahuan agama tidak boleh dimatikan.

28) Lalu mereka melaksanakan agenda Ghazwul Fikri, serangan pemikiran, serangan ilmuan terhadap umat Islam bermula dengan agenda Kristianisasi, mengkristiankan orang Islam melalui sekolah-sekolah yang ditubuhkan, Convent, Methodist, macam-macam nama sekolah ini. Asalnya agenda Kristian. Di Indonesia Sekolah Belanda, di Utara Afrika Sekolah Perancis dan lain-lain. Namun gagal mengkristiankan orang Islam, (hanya) segelintir yang sangat kecil

29) Dilaksanakan agenda Taghrib, memBaratkan orang Islam. Dengan cara yag halus, dibukanya sekolah-sekolah kebangsaan di negeri masing-masing. Menukarkan bahasa Islam daripada tulisan huruf Arab kepada huruf Latin. Sejarah-sejarah zaman Jahiliyah dihidupkan, sejarah Islam dipendamkan. Digalakkan semangat-semangat kebangsaan.

30) Dalam masa yang sama, ilmu Islam tidak boleh dimatikan. Di kampung-kampung masih ada orang mengaji Quran, walaupun tak tau makna, mengaji Quran juga. Mengaji agama, fardhu ain di surau dan masjid.

31) Mereka terpaksa memberi kemerdekaan pada akhirnya kerana semangat Nasionalisme yang memakan tuan, memakan penjajah itu, terpaksa memberi kemerdekaan.

32) Mereka laksanakan agenda mengkaderkan ilmuan-ilmuan kalangan orang Islam melalui kemajuan yang mereka capai bahkan kemajuan mereka pun diciplak daripada tamadun Islam. Mereka belajar Tamadun Islam, ilmu-ilmu duniawi tetapi disekularkan, dipisahkan dari agama kerana Kristian agama yang tak sesuai dengan Sains dan Teknologi, lain dengan Islam

33) Mereka berjaya ambil orang Islam untuk dididik dalam bidang Sains dan Teknologi dan ilmu-ilmu yang lain dengan harapan orang ni balik ke negeri masing-masing menjadi jentera kepada Barat.

34) Apa yang berlaku, Abul Hasan Ali An-Nadwi pernah menegaskan dalam tulisannya - Allah mengisahkan Firaun yang mendapat ramalan ahli-ahli nujum lahirnya Nabi Musa A.S. memerintah supaya anak-anak lelaki dibunuh untuk menghalang kelahiran Nabi Musa A.S.. Tiba-tiba Nabi Musa dibesarkan di bawah mahligai Firaun, itulah Musa yang menjatuhkan Firaun.

35) Al-Quran mukjizat ilmu sehingga hari kiamat. Kita menyaksikan bahawa semangat kembali kepada Islam lahir di universiti-universiti Barat. Kalangan yang dididik oleh Barat itu sendiri terdapat ilmuan-ilmuan orang Islam yang belajar di Barat. Bukan tak boleh dihapuskan Islamnya tetapi mempunyai semangat untuk kembali semula kepada agama mereka.

36) Walaupun di masa mutaakhir mereka menyebarkan apa yang disebut Islamophobia supaya orang benci kepada Islam. Apa yang berlaku bukan saja orang Islam baca Islam malah orang Barat.

37) Orang Barat ni rupanya dia minat membaca. Kalau saya pergi luar negeri saya lihat dalam kapal terbang, orang Melayu kita suka tengok tv, orang putih baca buku. Boleh tengok, orang putih baca buku dia jemu dah tengok tv. Kita orang Melayu tengok filem, cerita. Dia baca buku, tebal buku tu, habis buku baca.

38) Mereka ingin tahu apa itu Islam menyebabkan Quran-Quran terjemahan laris di negara Barat. Berlakunya kebangkitan Islam di seluruh dunia termasuk di negara bekas-bekas komunis. Apa yang menarik kalau di Barat berlakunya Islamophobia, di negara bekas Soviet agak lemah Islamophobia ini. Berlaku satu keadaan yang sangat menarik menyebabkan orang Islam mahu balik semula kepada Islam

39) Walaupun negara orang Islam selepas mencapai kemerdekaan terpengaruh dengan Perang Dingin Timur dan Barat. Ada negara Islam yang masuk blok timur, masuk blok barat sehingga bertarung sesama negara umat Islam.

40) Di rantau Asia Tenggara berlaku Konfrontasi Malaysia - Indonesia. Malaysia pro-Barat, Indonesia pro-Timur nak berperang dalam tahun 60-an.

41) Di negara Arab, banyak negara yang melaksanakan sosialisme, terpengaruh dengan blok timur, mempertahankan monarki berdasarkan liberal kapitalisme, terpengaruh dengan Barat sehingga negeri umat Islam dibahagikan mengikut blok tetapi tak boleh menghalang kebangkitan Islam walaupun di tahun 60-an, mungkin kamu semua tak sempat dengan tahun itu, diwar-warkan dengan menisbahkan Islam dengan ideologi-ideologi yang bukan Islam. Lahirnya teori sosialisme Islam, kapitalisme Islam, Demokrasi Islam, komunisme Islam

42) Almarhum Buya Hamka pernah menulis ada kiyai di Indonesia bersyarah di atas pentas komunis dalam masa polihanraya di zaman Sukarno kerana tak tahu komunis ni bercanggah dengan Islam. Saya diberitahu komunis-komunis Melayu yang berlindung di Selatan Thailand, walaupun mereka berjuang komunis, bulan Ramadhan sembahyang Tarawikh. Dia tak tahu komunis ni bercanggah dengan Islam. Berlaku kejahilan begitu rupa

43) Dengan mereka mengambil titik persamaan sedikit sahaja yang ada dalam Islam dan ideologi-ideologi ini. Contohnya Islam mengharamkan riba, komunis juga mengharamkan riba, menentang riba, ini komunisme dalam Islam katanya. Contohnya Islam menggalakkan kebebasan menasihat, mengkritik dan bersuara, demokrasi Barat juga begitu. Itu secara kebetulan, perlu diketahui bahawa sekiranya kita merujuk muqaddimah Ibn Khaldun, kita akan dapati Ibn Khaldun lebih awal mengemukakan teori-teori ini tetapi berbeza dengan ideologi-ideologi kerana Islam itu ada roh, ada aqidah, ada sifat perhitungan dosa dan pahala, wawasan akhirat, bukan wawasan dunia sahaja. Ini berbeza dengan ideologi lain

44) Alhamdulillah, penipuan ini meleset. Kita melihat orang Islam ingin balik semula kepada Islam. Ringkasnya masa depan tetap ada pada Islam. Bagaimana kita nak merancang masa depan kita? Perlu "diorganize"kan ilmuan-ilmuan Islam ini, perlu disedari betapa umat Islam yang berilmu terkesan dengan agenda Barat. Mereka berjaya mewujudkan aliran agama yang lemah. Mengaji Islam, tak tahu nak melaksanakan Islam mengikut keadaan-keadaan semasa

45) Ada ulama-ulama pondok yang mengaji pondok mengatakan bunga bank itu halal, 'interest' itu halal kerana dalam kitab feqah, kitab kuning tak ada sebut 'interest', tak ada sebut bunga bank, yang disebut riba sahaja. Ni kerana tidak memahami maksud dan tujuan. Begitu sekali

46) Ada yang terpengaruh dengan Barat, nak jadikan kita macam Barat, terus ikut Barat. Begitu sekali. Namun ada yang faham dan sedar perlu bagaimana nak mentajdid dan mengislahkan, mereformasikan ilmu berdasarkan kepada Islam yang sebenar. Kita tidak menyedari banyak perkara-perkara baru dalam Islam ini diasaskan oleh Islam. Contohnya teori bank sebagai contoh, bila sebut bank ini saya ingat dalam perjumpaan 2 minggu lepas dengan Presiden Erdogan dengan pimpinan ulama, beliau kata kalau boleh perkataan bank tu tukar (ke) perkataan kita. Begitu keras sekali dia punya pandangan. Itu kita tinggal dulu.

47) Perkataan tak jadi masalah tetapi apa yang menarik ialah saya pernah membaca seorang ahli sejarah ekonomi mengatakan bahawa teori bank diasaskan oleh Nabi kita Muhammad S.A.W..

48) Rupanya bila kita baca sirah Nabi, bila Nabi berhijrah dari Mekah ke Madinah, masa Nabi nak berhijrah itu, di rumahnya, rumah Khadijah binti Khuwailid R.A masih banyak barang-barang simpanan yang disimpan oleh orang-orang musyrikin Mekah. Walaupun mereka tak masuk Islam tetapi mereka percaya kepada amanahnya Nabi S.A.W. Mereka simpan barang di rumah Khadijah. Tidakkan dalam sirah Ibnu Hisyam mengatakan Nabi berpesan kepada Saidina Ali - jangan berhijrah lagi. Pulangkan balik barang ini kepada tuan-tuan dia, menunjukkan bagaimana amanahnya Nabi termasuk kepada orang bukan Islam. Kalau mengikut akal kita yang cetek ini, nak berhijrah kebas barang bawak 'pelari' dah, ini tidak, suruh Saidina Ali pulangkan balik barangan

49) Ini menunjukkan rumah Khadijah adalah bank, tempat simpanan, masyarakat Mekah menyimpan di rumah Khadijah binti Khuwailid R.A sama ada secara mudharabah tanpa riba mengikut muamalah.

50) Ketika Nabi berhijrah ke Madinah sebagai satu contoh, Nabi membuat pinjaman berhutang dengan seorang Yahudi yang bukan Islam, yang diterima menjadi rakyat padahalnya Saidina Uthman kaya, Abdul Rahman bin Auf kaya, apa salahnya pinjam dengan Saidina Uthman tetapi Nabi pinjam dekat Yahudi. Pinjam denganYahudi tanpa riba, janji nak bayar dalam tempoh beberapa bulan. Tiba-tiba si Yahudi ni datang jumpa Nabi di khalayak ramai - "Wahai Muhammad, mana hutang tak bayar lagi. Memanglah kamu ni penyangak, bangkai datuk, nenek kamu macam ini agaknya penyangak tak bayar hutang," - menyebabkan para sahabat marah nak bertindak Nabi kata jangan. Memang betul Nabi pinjam dengan dia tapi belum tiba masanya lagi. Rasulullah kata - "Wahai Umar, bawak dia dan bayar hutang dia." Sampai tengah jalan, Yahudi ni kata - Wahai Umar, bawak aku menghadap Rasulullah, aku nak masuk Islam. Umar kata - "macamana, tadi nak mintak hutang, nak masuk Islam?". Dia kata - "Sebabnya tadi aku datang nak uji nak cuba dia kerana aku baca dalam kitab agama aku mengatakan di antara tanda Nabi akhir zaman itu ialah dia dapat menahan kemarahannya. Aku buat sesuatu dia marah, dia boleh tahan kemarahan dia."

51) Nabi mempraktikkan ajaran Islam. Kita sekarang ni bila kita berhutang, hutang dengan orang, dengan bank, niat tak mau bayar dah ada dah. Berhutang, niat nawaitu tak mau bayar hutang tu dah ada. Macamana kita nak tarik orang kepada Islam.

52) Ini contoh yang mudah bagaimana Islam boleh mempengaruhi, dengan sebab itulah kalau saudara membaca negeri Asia Tengah, Jalan Sutera dari negeri Arab sehingga Xinjiang, Islam meranapkan agama lain. Bagaimana pedagang-pedagang datang ke Asia Tenggara ini mengIslamkan orang Melayu yang beragama Hindu dan Buddha, masuk Islam. Mengapa kita hari ini payah nak mengislamkan orang bukan Islam seramai itu, menandakan ada tempat yang tak kena yang kita kena sedar

53) Di sini kita perlu membuat perubahan. Ini kita kena sedar. Dengan sebab itu, menghidupkan semula ilmu sama ada ilmu Islam untuk memampukan bagaimana menterjemahkan Islam itu mengikut keadaan semasa. Dalam masa yang sama mengislamkan ilmu-ilmu duniawi yang telah dicuri oleh orang Barat daripada Islam balik kepada kita semula.

54) Kita membina semula masa depan kita. Saya yakin dan percaya dengan suasana yang ada pada hari ini, kita mempunyai kemampuan dalam keadaan jumlah orang Islam 1 billion lebih. Mengapa kita tak boleh menjalankan gerakan untuk kembali semula kepada masa depan yang baik. Kita yakin, kita tidak boleh menunggu masa depan islam ini berjaya sebagaimana menunggu naiknya matahari dengan berkokok ayam. Mesti bangun sembahyang subuh la, jangan tunggu ayam kokok, matahari naik. Kita mesti sembahyang subuh, bermunajat kepada Allah, menghayati Islam itu

Negara Kita, Cara Kita – Syahir Sulaiman


“Celupan Allah (yakni Islam), dan siapakah yang lebih baik celupannya daripada Allah?" (Al-Baqarah: 138)

Ada pemimpin DAP berkata, 55 negara OIC telah melaksanakan ICERD, termasuklah Arab Saudi, mengapa PAS membantahnya.

Dahulu ada pemimpin BN berkata, 160 negara telah melaksanakan GST, termasuklah Arab Saudi, mengapa PAS membantahnya.

Saya tidak mengatakan DAP dan BN adalah sama, namun cara fikir YB Lim Kit Siang dan YB Datuk Seri Najib Tun Razak dalam hal ini kelihatan serupa.

Saya ingin memberikan analogi mudah, sekiranya Barat banyak menggunakan ‘tomato’ dalam masakan mereka, tidaklah perlu kita memasukkan ‘tomato’ dalam sambal nasi lemak kita, dengan alasan kita perlu meniru mereka.

Sekalipun ‘tomato’ banyak khasiatnya, sambal nasi lemak kita sudah cukup khasiat dan kepedasannya, sesuai dengan citarasa dan kepelbagaian rempah di tempat kita. Justeru tidaklah perlu kita mudah meniru mereka.

Perlu difahami bahawa kita menentang ICERD bukan kerana peraturannya semata-mata, tetapi kita menentang pemikiran dan gerakan yang berselindung di sebaliknya.

Negara kita, cara kita, setiap tanah ada tuannya.

Terkini YAB Perdana Menteri telah mengeluarkan kenyataan bahawa Malaysia tidak akan meratifikasi ICERD, menyerlahkan ketegasannya.

Sekali lagi, YAB Tun Dr Mahathir ‘dilihat’ senada dengan YB Dato’ Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang dalam isu sensitif melibatkan kepentingan negara.

Sebelum ini YAB Perdana Menteri pernah sependapat dengan YB TGHH dalam isu pilihanraya PBT, kerana memahami isu sensitif melibatkan keharmonian negara.

Ketegasan YAB Perdana Menteri dalam hal ini berbeza dengan pendirian ‘lemah’ YB Datuk Seri Anwar Ibrahim yang sekadar mahu ratifikasi ICERD ditangguhkan, malah jauh berbeza dengan pendirian ‘berani’ YB Lim Kit Siang yang mahu ICERD diratifikasi sepenuhnya.

Kini semua pihak ternanti pendirian terbaru YB DSAI dan YB LKS, yang sebelum ini telah pun menzahirkan isi hati dan wajah sebenar mereka.

Kepada YB Menteri Luar dan YB Menteri Perpaduan, adalah wajar untuk kalian meletakkan jawatan secara terhormat, di atas tindakan yang telah menggugat keharmonian dan perpaduan sekalian rakyat Malaysia.

#NegaraKita
#CaraKita

Syahir Sulaiman, Pengarah Strategi DPPM
23 November 2018

Anggota bomba parah diserang perusuh di kuil Subang Jaya



KUALA LUMPUR, 19 Rabiulawal 1440H, Selasa – Seorang Anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) cedera parah selepas diserang kumpulan perusuh yang berhimpun di sekitar Kuil Maha Mariamman, USJ 25 awal pagi semalam.

Pegawai Penerangan JBPM, Dzulhaimy Dahari dalam satu kenyataan berkata, anggota terbabit, Muhammad Adib Mohd Kassim, 24 tahun, dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) Pusat Perubatan Subang Jaya (SJMC), selepas cedera parah.

Media melaporkan, mangsa patah tulang rusuk serta beberapa kecederaan dalaman.

Muhammad Adib ialah anggota Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) yang ditempatkan di balai Subang Jaya.


Ketika kejadian, dia dikatakan duduk di bahagian penumpang depan kenderaan EMRS dan ditarik keluar oleh kumpulan perusuh sebelum dipukul.

Serangan itu juga turut menyebabkan pintu belakang tercabut, keempat-empat tayar jentera pecah selain kerosakan lain pada bahagian badan jentera dipercayai dipukul objek keras.

Sumber: https://www.ismaweb.net/2018/11/27/anggota-bomba-parah-diserang-perusuh-di-kuil-subang-jaya/

Terengganu:Jawatankuasa Royalti Petroleum Akan Ditubuh


KUALA TERENGGANU, 27 Nov – Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Terengganu diberitahu satu jawatankuasa bagi berunding dengan kerajaan Persekutuan untuk menuntut bayaran royalti petroleum akan ditubuhkan sebelum akhir tahun ini.


Menteri Besar, Dr Ahmad Samsuri Mokhtar berkata jawatankuasa secara ad-hoc itu akan dianggotai wakil dari kerajaan negeri dan pembangkang sebagai satu langkah agresif bagi memastikan bayaran royalti dibayar mengikut jumlah dan waktu yang ditetapkan mengikut perjanjian yng dimeterai antara kedua pihak sebelum ini.

“Ia merupakan antara pelan kontingensi di samping beberapa langkah lain yang telah kita gariskan seperti mengubahsuai Bajet 2019 sekiranya bayaran royalti gagal dibayar oleh kerajaan Persekutuan.

— BERNAMA

Sukan Shariah Compliance: "Lama dah kami nak"


Oleh: YB Ustaz Hishamuddin

Selesai sahaja perlawanan akhir Piala Malaysia Terengganu-Perak di Stadium Shah Alam. Kami mula balik ke Terengganu untuk melakar gerak kerja kempen Liga Malaysia 2019.

Saya panggil semua head coach melainkan Tuan Haji Irfan Bakti Abu Salim yang masih agak sibuk dengan beberapa hal yang lain pada waktu itu.

Saya panjangkan hasrat kerajaan negeri yang ingin melihat pembangunan sukan seiring dengan Shariah Compliance. Antara perkara awal yang boleh diperkenalkan adalah semua player muslim di setiap pasukan berpakaian menutup aurat.

Semua head coach respon, “lama dah kami nak”. Saya terkejut sebab sambutannya di luar dugaan. Saya tegaskan, kita bukan nak buat mendadak. Coach boleh ambil masa dan sesuaikan. Kita guna sebagai tempoh memberikan kesedaran. Pada waktu itu, head coach untuk TFC II, TFC III dan TFC IV benar-benar dilihat ikhlas menyambut usaha ini.

Usaha ini kami panjangkan pula kepada pihak penaja iaitu Al-Ikhsan. Dalam satu mesyuarat untuk menentukan design jersy dan beberapa isi kandungan perjanjian penajaan, saya kemukakan terus soalan secara berterus terang. Next season, kami berhasrat semua player TFC akan memakai pakaian yang menutup aurat. Bagaimana kalau Al-Ikhsan masukkan pakej pakaian ini dalam tajaan. Dalam mesyuarat yang sama, wakil Al-Ikhsan terus bersetuju dan menerima cadangan tersebut bagi menyediakan seluar ‘tight’ buat semua player di setiap pasukan. Ketika itu saya amat bersyukur kepada Allah SWT yang mempermudahkan urusan perjalanan usaha ini.

Tahun 2019 bukanlah kita wajibkan terus. Masih lagi dalam fasa awareness. Tapi saya biasa lihat Kipre Tcheche dan Lee Tuck ketika sesi training memakai seluar ‘tight’. Kalau bukan muslim pun dilihat biasa menggunakannya, saya rasa tak sukar untuk bintang TFC yang muslim memakai seluar ‘tight’ untuk menutup aurat.

InsyaAllah, saya sendiri akan berbicara dengan semua player kita. Tiada paksaan. Tapi saya yakin, player kita tidak keberatan memilih cara ini. Setidaknya sebagai pemimpin kerajaan, kita berusaha memulakan langkah untuk patuh kepada tuntutan shariah mengikut pegangan mazhab masing-masing.

Ada masa saya akan menyentuh pula tentang atlet sukan yang lain.

Bolehkah PAS bergabung dengan UMNO? Ini jawapanya


PAS gabung UMNO? Bolehkah?

Tak boleh bergabung. Bas lain-lain. Satu bas nak ke Kuantan, satu bas nak ke Ipoh. Jadi, nak bergabung macamana kalau saudara nak ke Ipoh, tak boleh naik bas ke Kuantan. Selagi destinasi ini tidak diubah sama tak boleh bergabung dulu. Ini kita kena sedar. Akan tiba masanya. Kerjasama, boleh. Bas dia rosak tengah jalan. Ada penumpang-penumpang yang tercicir kita tolong ambil la sebab bas kita hidup. Walaupun bas kita kecil, tapi boleh ambil penumpang dia muat atas bas kita untuk teruskan perjalanan.
Dan memang ada sejarah kita mengambil mereka yang dicicirkan itu. Tahun 90an kita ambil 46, tahun 98 kita ambil PKR. Itu yang ditinggalkan oleh bas dia.

Syarahan Perdana bertajuk “Geopolitik Dunia dan Masa Depan Islam" 
oleh YB Dato’ Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang pada 26 November 2018
di Dewan Auditorium Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) Gombak

Terengganu: Kerajaan Tunai 12 Janji Manifesto PRU14


Oleh : Suhaimi Taib

KUALA TERENGGANU, 25 November – Kerajaan negeri telah menunaikan sebanyak 12 janji manifesto pilihan raya umum ke 14 (PRU14) dan dijangka seluruh baki janji itu akan dilunaskan dalam masa lima tahun secara berperingkat.

Menteri Besar Dr Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, bagi kerajaan negeri menunaikan manifesto merupakan satu tanggungjawab dan komitmen yang harus dilunaskan.

“In Sya Allah kerajaan negeri akan menunaikan semua manifesto seperti yang dijanjikan dalam tempoh lima tahun akan datang secara berperingkat,” katanya ketika membentangkan Enakmen Perbekalan 2019 (Bajet Negeri Terengganu 2019) dalam Mesyuarat Kedua Penggal Pertama Dewan Undangan Negeri (DUN) Terengganu ke 14 di Wisma Darul Iman di sini hari ini.

Antara janji manifesto yang akan ditunaikan ialah mengagihkan kad sejahtera bernilai RM500 setahun kepada setiap keluarga daripada golongan miskin dan menyediakan wad kelas ketiga percuma di hospital kerajaan dengan peruntukkan sejumlah RM17 juta.

Ia akan dilaksanakan tahun depan bagi meringankan beban rakyat Terengganu yang miskin dan berpendapatan rendah, kata Menteri Besar.

“Kad ini juga boleh digunakan untuk mendapatkan rawatan kesihatan di klinik swasta,” jelasnya.


Dr Ahmad Samsuri yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Rhu Rendang berkata, kerajaan negeri memperuntukkan sebanyak RM50 juta untuk membina rumah-rumah rakyat di bawah skim Projek Perumahan Terengganu-ku Sejahtera (PPTS) dan projek Rumah Mampu Milik (RMM).

“Kerajaan negeri memahami antara dilema masyarakat pada hari ini ialah pemilikan rumah. Wal hal, rumah adalah keperluan (dhoruriyat) dalam kehidupan manusia sekaligus peruntukan tersebut dibuat untuk tujuan murni ini,” jelas Dr Ahmad Samsuri.

Katanya, dalam usaha untuk mendorong lebih ramai terlibat menunaikan fardhu kifayah umat Islam, kerajaan negeri bersetuju untuk memberikan elaun bulanan kepada juru mandi jenazah dan pembantunya sebanyak RM100.

Kerajaan negeri turut menyediakan khairat kematian sebanyak RM2,000 bagi juru mandi dan pembantunya yang telah berkhidmat lebih dari lima tahun manakala RM1,000 bagi yang berkhidmat kurang daripada lima tahun.

Selain itu menurut beliau elaun juru nikah juga akan dinaikkan daripada RM150

kepada RM200 sebulan.

“Semua inisiatif ini akan dilaksanakan dengan peruntukan RM1.3 juta,” jelas beliau lagi.

‘Usah keluar kenyataan berbaur perkauman’



KUALA LUMPUR, 19 Rabiulawal 1440H, Selasa – Menteri Dalam Negeri, Tan Sri Muhyiddin Yassin meminta orang ramai agar tidak melakukan sebarang tindakan termasuk mengeluarkan kenyataan yang boleh membakar sentimen perkauman sehingga menjejas ketenteraman awam.

Mengulas mengenai insiden kekecohan yang berlaku di kuil Sri Maha Mariamman di USJ 25, Putra Heights awal pagi tadi, Muhyiddin berkata, langkah itu merupakan kerjasama bagi membantu pihak polis mengawal dan menjalankan siasatan menurut peruntukan undang-undang.

"Saya memandang serius insiden ini dan tidak akan bertolak ansur dengan mana-mana pihak yang cuba mengganggu-gugat keharmonian dan keamanan negara.

"Saya dimaklumkan pada ketika ini pihak polis telah membuat tangkapan ke atas beberapa suspek dan siasatan sedang dijalankan di bawah Kanun Keseksaan," katanya dalam kenyataan semalam.

Beliau berkata, polis telah diminta mengawal keadaan serta menyiasat kejadian itu secara terperinci dan pihak yang didapati melanggar undang-undang akan dibawa ke muka pengadilan.

Seramai 17 lelaki tempatan ditahan setakat ini, bagi membantu siasatan kekecohan itu.- Bernama

Exco DAP Selangor bukan salah guna tatabahasa, tapi…: Firdaus Wong



Oleh Ainul Illia Meor Suzurudin

BANGI, 19 Rabiulawal 1440H, Selasa – Exco Kerajaan Negeri Selangor, V Ganabatirau bukan menyalahgunakan tatabahasa, sebagaimana didakwa Menteri Besar, Amiruddin Shaari, sebaliknya ia lebih daripada sekadar itu, kata pendakwah bebas, Firdaus Wong Wai Hung.

Tanpa menyatakan maksud 'lebih daripada sekadar itu', beliau berkata, maksud tatabahasa yang sebenar menurut Kamus Pelajar Edisi Kedua ialah, pengetahuan atau pelajaran mengenai pembentukan kata dan mengenai penyu­sunannya dalam ayat; nahu.

Dalam kenyataan awal di Facebooknya semalam, Ganabatirau yang juga Adun Kota Kemuning, menuduh umat Islam menyerang Kuil Sri Mariamman di Subang Jaya, menyebabkan tercetusnya rusuhan. Dia kemudian mengubah suai kenyataan itu dengan menuduh 'gangster' yang terbabit – membuang perkataan 'muslim'.

Bagaimanapun, Menteri Besar kerajaan Pakatan Harapan (PH) mempertahankan Ahli Exco daripada parti tamak haloba dan anti-Islam itu, dengan mendakwa kenyataan Ganabatirau mungkin mempunyai kesilapan dari segi penggunaan tatabahasa.

Mengulas mengenainya, Firdaus Wong berkata, ia nyata jauh beza dari segi maksud perkataan 'Muslim Group' dan 'Group of Gangster' sepertimana dalam kenyataan Ganabathirau.


Pada masa sama, Firdaus yang juga seorang mualaf terkilan apabila ramai wakil rakyat beragama Islam bersikap apologetik terhadap mereka yang mencerca Islam.

"Apabila muslim yang didapati bersalah, terus dikritik manakala sahabat wakil rakyat mereka yang belum muslim memilih bulu dan berat sebelah, wakil rakyat muslim pula seolah-olah menjadi jurucakap dan mempertahankan mereka.

"Apabila seorang Melayu muslim memaki seorang promoter arak belum muslim yang tindakannya adalah salah, terus wakil rakyat belum muslim bersama sekumpulan peguam membuat laporan polis tetapi apabila Sultan, Raja, Islam dan muslim dihina, wakil rakyat muslim entah ke mana.

"Bukan diminta buat yang bukan-bukan, tetapi berani bertegas bukannya berkeras. Dulu isu Ramasamy, menteri agama backup sebelum berjumpa, hari ini dalam sidang media, Waytha Moorthy salahkan polis, dua wakil rakyat muslim di tepi, duduk diam tak bersuara, kini Ganabatirau buat salah, Menteri Besar Melayu muslim backup," katanya yang kesal dengan sikap sesetengah menteri dalam kerajaan PH sekarang.

Walhal, katanya, ketika isu Menteri Pendidikan, Dr Maszlee Malik diserang dan dikritik pelbagai pihak yang memiliki agenda tersendiri, tidak ada pun menteri bukan Islam yang mempertahankan beliau.

"Adakah anda wahai wakil rakyat muslim nampak wakil rakyat belum muslim backup beliau? Walhal anda sendiri pun tak backup beliau. Takut hilang rakan sekutu dan kuasa?

"Saya masih berdakwah dan akan terus berdakwah tetapi saya akan bersuara apabila melihat agamaku dipijak dan dihina dan apabila saudara seagamaku diperli dan dibuli serta apabila sahabat senegaraku tanpa mengira bangsa dan agama ditindas.

"Tak takut ke disekat berdakwah dan berceramah kerana mengkritik politikus? Lebih baik takut pada Allah kerana kita semua akan kembali kepadaNya. Bertakwalah kita semua kepada Allah," katanya.


Sumber: https://www.ismaweb.net/2018/11/27/exco-dap-selangor-bukan-salah-guna-tatabahasa-tapi-firdaus-wong/
© all rights reserved
made with by templateszoo