NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Wang UMNO RM2.5 juta: PAS sedia disiasat polis


"Kalaulah (betul) UMNO bagi, PAS sudah jadi kaya raya, sedangkan kita parti yang sederhana, kita tidak pernah menerima bantuan pihak lain.

KOTA BHARU, 2 Safar 1440H, Khamis – PAS sedia disiasat polis berhubung dakwaan terbaharu kononnya parti itu menerima dana RM2.5 juta daripada UMNO, kata Timbalan Mursyidul Am, Datuk Ahmad Yakob.

Bagaimanapun,  katanya PAS tetap dengan pendirian bahawa segala tuduhan mengenai pembiayaan daripada pihak lain adalah andaian dan fitnah semata-mata.

"Fitnah sedemikian hanyalah cubaan untuk memburukkan suasana memandangkan UMNO sudah tidak mendapat tempat lagi dari segi politik.

"Kalaulah (betul) UMNO bagi, PAS sudah jadi kaya raya, sedangkan kita parti yang sederhana, kita tidak pernah menerima bantuan pihak lain.

"Kita berusaha sendiri mencari dana khususnya dari bantuan dan sumbangan penyokong, pihak yang menuduh boleh kata duit datang dari mana sahaja," katanya seperti dilapor akhbar tempatan.

Beliau berkata demikin sebagai mengulas tindakan Pemuda Parti Amanah Negara (Amanah) Terengganu yang membuat laporan polis pada Ahad lalu mendesak siasatan segera selepas tersebarnya salinan transaksi kononnya UMNO telah memindahkan sejumlah RM2.5 juta kepada PAS dengan sumber wang itu kemungkinan daripada dana 1MDB yang diseleweng.

Susulan itu, Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Noor Rashid Ibrahim semalam dilaporkan berkata, pihaknya perlu melihat laporan itu sama ada mempunyai unsur rasuah, jenayah biasa atau jenayah komersial.

Noor Rashid berkata, pihaknya akan menyerahkan kes itu kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sekiranya penelitian laporan itu mendapati terdapat unsur rasuah.


No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo