NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Turki buka fasa satu lapangan terbang baharu di Istanbul



ANKARA, 20 Safar 1440H, Isnin
– Turki, hari ini, akan membuka fasa pertama lapangan terbang baharu di Istanbul – antara yang terbesar di dunia – yang mampu menampung sehingga 90 juta penumpang setahun.

Pembukaan rasmi sempena sambutan ke-95 negara itu sebagai republik, akan dihadiri Presiden Recep Tayyip Erdogan, dan lebih 50 menteri dan pemimpin tertinggi dunia.

Fasa pertama lapangan terbang bernilai AS$7.2 bilion itu, yang dibina sejak tiga tahun lalu menerusi kerjasama kerajaan dan sektor swasta, adalah antara projek mega yang dirancang dalam objektif Turki ke arah 100 tahun menjelang 2023.

Hari ini, dua landasan sepanjang 3,750 meter dan 4,100 meter, akan memulakan perkhidmatannya.

Konsortium IGA, kontraktor dan pengendali projek berkenaan berkata, lapangan terbang itu akan mencapai kapasiti menampung 200 juta penumpang setahun apabila fasa keempat dengan enam landasan, siap sepenuhnya 10 tahun daripada sekarang.

Sejak Januari hingga September lalu, lapangan terbang Turki menerima 164 juta pengunjung, sementara lebih 31 peratus daripada penumpang pula menggunakan Lapangan Terbang Antarabangsa Ataturk di Istanbul.

Dengan perpindahan syarikat penerbangan negara – Turkish Airlines – ke lapangan terbang baharu itu, lapangan terbang Ataturk akan diubah suai untuk kegunaan lain, termasuk aktiviti latihan penerbangan dan pameran udara.

Lapangan terbang baharu itu juga dijangka menampung sehingga 100 syarikat penerbangan dan pesawat dari 300 destinasi di seluruh dunia. 

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo