NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

TFC tak kalah, cuma...

MOHAMAD FAZRUL ABDUL MAJID
28 OKTOBER 2018



KETUA Jurulatih Terengganu FC, Irfan Bakti Abu Salim percaya pasukannya masih berdiri sebagai pemenang walaupun gagal dalam misi membawa pulang Piala Malaysia ke bumi Terengganu.

Jelasnya, walaupun kekalahan selepas mendahului dua kali itu sedikit mengejutkan, namun beliau tetap memuji persembahan pemainnya yang telah berusaha sedaya upaya sepanjang perlawanan akhir itu.
"Kami tidak kalah sebenarnya, kami cuma gagal mendapatkan piala. Itu sahaja.

"Bila dah sampai ke penentuan penalti, kita kena terima bahawa tuah sedikit sebanyak memainkan peranan yang mana kami tidak bernasib baik kali ini," katanya.

Mengulas lanjut insiden dibolosi sebanyak dua kali di masa kecederaan, Irfan menafikan pemainnya terlalu selesa, sebaliknya menganggap ketiadaan Kipre Tchetche akibat kecederaan dan Lee Tuck yang dibuang padang menjejaskan rentak pasukan.

"Kita bukannya terlalu selesa selepas mendahului 2-0 tetapi disebabkan faktor kegagalan memanfaatkan beberapa peluang terhidang. Sepatutnya dari separuh masa pertama kita dah boleh bunuh semangat Perak. Tetapi kita hanya bergantung kepada Tchetche untuk menjaringkan gol. Bila Tchetche, Lee Tuck tak ada memang nampak kekurangan.

"Satu lagi mungkin faktor gugup beraksi di hadapan puluhan ribu penyokong seperti ini. Kebanyakan pemain saya jarang beraksi dengan crowd seramai ini. Jadi mungkin itu juga menjadi penyebab," katanya.

Pada masa sana, ditanya sama ada berlaku pertegangan urat di antara beliau dengan Mehmet Durakovic, Irfan menafikan sekeras-kerasnya.

"Mana ada saya dan Mehmet panas. Kami sama-sama bantah masa tu. Saya dan Mehmet berkawan baik. Memandai je buat cerita," katanya berseloroh.

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo