Terengganu timbang pusat hukuman pesalah syariah


Oleh Helmy Abd Rahman

KUALA TERENGGANU: Kerajaan negeri sedia menimbang cadangan Mahkamah Tinggi Syariah Terengganu bagi mewujudkan pusat khusus untuk menempatkan pesalah syariah menjalani hukuman secara berasingan daripada pesalah sivil di penjara.

Menteri Besar, Dr Ahmad Samsuri Mokhtar, berkata sehubungan itu kerajaan negeri akan mengadakan perbincangan lanjut bagi menilai kesan baik dan buruk cadangan berkenaan.

"Saya memandang serius dan kerajaan negeri akan berbincang buruk baiknya sama ada ia dalam ruang lingkup kerajaan negeri atau ada membabitkan peruntukan tertentu kerajaan Pusat.

"Ini semua akan kita lihat secara menyeluruh. Kita tidak mengejar waktu dan akan dibincangkan bila tiba masa sesuai," katanya kepada pemberita selepas melepaskan peserta Hari Sukan Negara Peringkat Terengganu 2018 di Dataran Batu Buruk di sini, hari ini.

Sebelum ini, Hakim Syarie Terengganu, Kamalruazmi Ismail, mencadangkan supaya diwujudkan pusat khusus untuk menempatkan pesalah syariah menjalani hukuman secara berasingan daripada pesalah sivil di penjara.

Ia bertujuan memberi pemulihan akhlak dan akidah kepada pesalah syariah serta mengelakkan mereka ditempatkan di penjara sama dengan pesalah jenayah berat.

Rabu lalu, seorang janda menjadi individu keempat di negeri ini yang dijatuhi hukuman sebatan syariah oleh Mahkamah Tinggi Syariah Terengganu, di sini, selepas mengaku salah atas pertuduhan persediaan melacurkan diri.

Mahkamah juga memerintahkan wanita berusia 45 tahun itu disebat sebanyak empat kali dan menjalani pemulihan selama enam bulan di Pusat Perlindungan Wanita Baitul Ehsan, Sabak Bernam, Selangor.
Labels:
Reactions:

Post a Comment

[blogger]

1Media.My

{facebook#facebook.com/1mediaonline} {twitter#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {google-plus#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {pinterest#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {youtube#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {instagram#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL}

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget