Terengganu Isytihar Hari Ahad Cuti Umum



Oleh : Rohayati Ripin

KUALA TERENGGANU – Menyedari Perlawanan Akhir Piala Malaysia pada 27 Oktober adalah penting, Terengganu mengisytiharkan hari Ahad 28 Oktober sebagai cuti umum.

Menteri Besarnya Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri telah memutuskan ia adalah cuti peristiwa kepada seluruh pekerja di negeri ini.

“perlawanan kali ini (adalah) perlawanan yang penting setelah kita melihat prestasi pembangunan sukan bola sepak di negeri Terengganu dan sukan yang lain termasuk sukan SUKMA menunjukkan prestasi yang amat membanggakan.

“Sebagaimana yang kita tahu SUKMA negeri Terengganu telah berjaya memenangi SUKMA 2018 dan dalam perlawanan bola sepak di peringkat lain.

“Ia juga menunjukkan peningkatan yang amat ketara dan pada kali ini kemuncakknya adalah perlawanan Piala Malaysia di mana terengganu akan berdepan dengan Perak Darul Ridzuan,” jelasnya.

Beliau berkata demikian pada sidang media di Wisma Darul Iman pada hari ini, 24 Oktober.

Oleh kerana itu, beliau berharap ia akan menjadi satu motivasi kepada para penonton dan penyokong daripada negeri Terengganu yang akan ke Shah Alam untuk memberikan sokongan kepada para pemain.



Labels:
Reactions:

Post a Comment

[blogger]

1Media.My

{facebook#facebook.com/1mediaonline} {twitter#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {google-plus#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {pinterest#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {youtube#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {instagram#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL}

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget