NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Tanah Runtuh: Mayat kelapan mangsa dijumpai



GEORGETOWN, 13 Safar 1440H, Isnin – Pasukan mencari dan menyelamat (SAR) Jabatan Bomba dan Penyelamat Pulau Pinang hari ini, menemukan mayat kelapan mangsa tanah runtuh di Jalan Bukit Kukus, Paya Terubong.

Setakat semalam, tujuh mayat buruh binaan berasal dari Indonesia, Bangladesh dan Myanmar dijumpai dalam runtuhan yang menimbus rumah kongsi serta kontena di tapak pembinaan di sini.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Pulau Pinang, Saadon Moktar berkata, mayat warga Indonesia yang dijumpai kira-kira jam 12.30 tengah hari tadi, dikenali sebagai Subairi, 34.

Beliau berkata, mangsa ditemukan tertimbus pada kedalaman satu meter berhampiran kawasan cerun di sektor satu.

"Operasi kini menumpukan kepada usaha mencari dua lagi mangsa yang dilaporkan hilang," katanya.

Penemuan terbaharu itu menjadi jumlah keseluruhan mangsa ditemukan dalam SAR yang memasuki hari keempat, kepada 12 orang, dengan lapan daripada maut manakala empat lagi cedera.

Dalam kejadian jam 1.56 tengah hari Jumaat lalu, tanah di bahagian bawah cerun bukit runtuh, menyebabkan kontena dan rumah kongsi di atasnya turut mengelunsur dan tertimbus.


No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo