NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Tanah Runtuh: Kerajaan Jangan Lepas Tangan

Related image
JANGAN LEPAS TANGAN…

Oleh: YB Tuan Che Alias Bin Hamid
Ahli Parlimen Kemaman (P040)
22 Oktober 2018

1. Kerajaan sewajarnya memandang serius lebih-lebih lagi berkaitan tanah runtuh yang berlaku di Bukit Kukus Pulau Pinang apabila pihak  berkuasa gagal mencegah kejadian tanah runtuh  yang telah meragut nyawa.

2. Saya mengucapkan takziah kepada keluarga mangsa yang terkorban berkaitan tragedi tanah runtuh di tapak pembinaan lebuh raya berkembar Bukit Kukus Pulau Pinang. Sehingga laporan hari ini 7 mangsa terkorban yang melibatkan warga asing.

3. Sejak akhir-akhir ini, sebanyak 700 kes tanah runtuh dan kegagalan cerun untuk tahun ini yang disebabkan faktor hujan lebat luar biasa. Jelaslah di sini bahawa isu kes tanah runtuh ini bukanlah isu yang boleh dipandang ringan apabila melibatkan nyawa.

4. Faktor utama berlakunya tanah runtuh apabila manusia rakus dalam pembangunan yang  tidak terkawal di kawasan cerun dan menebang pokok secara tidak teratur yang menjejaskan alam sekitar.

5. Kenyataan pihak kerajaan Pulau Pinang untuk meneruskan projek pembangunan infrastruktur di kawasan cerun bukit, termasuk di projek Jalan Berkembar Bukit Kukus setelah berlaku tanah runtuh serta tidak mahu untuk mengkaji semua projek di kawasan cerun bukit walaupun mendapat tentangan daripada NGO.

6. Saya mengesa agar Kerajaan segera mengambil tindakan yang sewajarnya bagi mengenalpasti punca sebenar insiden ini dan melakukan langkah-langkah yang proaktif untuk meningkatkan aspek keselamatan di mana-mana kawasan pembinaan yang bercerun memandangkan kapasiti pemantauan Kerajaan amat lemah.

7. Jelaslah di sini bahawa bukan kerajaan Pulau Pinang sahaja yang perlu bekerjasama dengan semua agensi untuk menangani masalah tanah runtuh dan penerokaan hutan yang tidak terkawal tetapi semua kerajaan negeri memainkan peranan yang penting.


 “ Islam Memimpin ”

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo