NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

‘Tahniah’ Berjaya Perkenal Cukai Baharu


Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr. Asyraf Wajdi mengucapkan ‘tahniah’ kepada kerajaan baharu Pakatan Harapan (PH) atas kelulusan kajian untuk memperkenalkan cukai baharu kepada rakyat.

Katanya ‘kejayaan’ terbaharu ini menunjukkan kelemahan PH sebagai sebuah kerajaan yang kini mentadbir negara.

Menurut beliau kerajaan UMNO-Barisan Nasional tidak pernah mempunyai krisis kewangan yang teruk sepanjang mengurus negara sehingga terpaksa menyusahkan rakyat.

“Yang paling penting kerajaan sebelum ini tidak pernah ada masalah dalam uruskan kewangan negara. Bahkan penyelesaian kewangan kita diiktiraf daripada badan antarabangsa seperti International Monetary Fund (IMF).

“Tidak pernah ada isu ‘red alert’ kerana hutang kita di bawah 50 peratus daripada KDNKK, bukan seperti diwar-warkan,” katanya sebelum menjelaskan kejayaan kerajaan BN memulangkan kembali hasil kewangan seperti BR1M dan baucar buku.

Beliau berkata demikian dalam satu sidang media Pergerakan Pemuda UMNO ke Misi Bantuan Perubatan dan Kemanusiaan ke Kota Palu, Sulawesi Indonesia di PWTC pada Selasa.

Kira-kira 11 orang sukarelawan daripada Pemuda UMNO yang terdiri daripada doktor perubatan, ahli farmasi, fisioterapi dan sukarelawan akan menyertai misi kemanusiaan mangsa gempa bumi di Palu, Sulawesi, Indonesia pada 10 hingga 16 Oktober ini.

Mengulas lanjut, Asyraf berkata kerajaan PH perlu menukar gerakerja daripada mencari kesalahan kerajaan lama BN kepada mencari penyelesaian yang terbaik yang diharapkan rakyat.

“Jika cari salah memang akan jumpa kerana tidak ada kerajaanpun di dunia yang sempurna.

“Sebab itu saya harap orientasi kepimpinan sekarang perlu ditukar daripada orientasi mencari kebobrokan kerajaan lama kepada menyelesaikan masalah.

“Kita sebagai pembangkang tidak mahu lihat rakyat yang mendambakan satu imbuhan kebaikan daripada polisi kerajaan kini teraniaya,” katanya.



Oleh : Syakirin Daud

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo