NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Setuju tidak boleh guna status menteri bila turun kempen - Syed Saddiq

Syed Saddiq berkata, kehadirannya di Port Dickson hari ini adalah sebagai Ketua Pemuda Bersatu dan bukannya sebagai menteri.

PORT DICKSON: Menteri Belia dan Sukan Syed Saddiq Syed Abdul Rahman bersetuju bahawa perlu ada pemisahan kuasa parti politik dan kerajaan terutama semasa tempoh berkempen.

Beliau berkata, kehadirannya di Port Dickson hari ini adalah sebagai Ketua Pemuda Bersatu dan bukannya sebagai menteri.

"Saya datang sebagai Ketua Armada hari ini, pemandu saya tak ikut, saya guna kereta sendiri sebab dalam suasana pilihan raya kita kena ada perbezaan kerajaan dan parti politik," katanya kepada pemberita selepas melawat bilik gerakan Pemuda Pakatan Harapan di Port Dickson, hari ini.


Beliau berkata demikian sebagai mengulas mengenai teguran Jawatankuasa Khas Pembaikan Sistem dan Undang- Undang Pilihan Raya (ERC) yang mendapati ada menteri yang menyalah guna kuasa berkempen dalam Pilihan Raya Kecil Port Dickson.

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo