NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Salah anjur makan malam percuma bagi pihak calon


PORT DICKSON: Menganjurkan makan malam percuma bagi pihak calon dalam pilihan raya adalah satu kesalahan, kata Jawatankuasa Khas Pembaikan Sistem Dan Undang-Undang Pilihan Raya.

Pengerusinya Tan Sri Abdul Rashid Abdul Rahman berkata sebarang bentuk anjuran majis makan malam percuma bagi calon pilihan raya dilarang sama sekali.

"Makan malam percuma ini tidak boleh. Tidak boleh ada pihak yang menganjurkan majlis makan malam percuma bagi calon. Ia salah."

Beliau berkata demikian merujuk kepada isu konterversi penganjuran makan malam percuma.

Meskipun mendapat kritikan daripada badan pemantau pilihan raya Bersih, calon Pakatan Harapan Datuk Seri Anwar Ibrahim tetap hadir di majlis makan malam yang diadakan semalam di Lukut, Port Dickson.

Anwar sebelum ini mempertahankan keputusannya untuk tetap hadir dalam majlis kerana ia dianjurkan oleh penduduk setempat.

Sumber: http://www.astroawani.com/berita-malaysia/salah-anjur-makan-malam-percuma-bagi-pihak-calon-188097

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo