NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Roket bawa dua angkasawan Russia, Amerika meletup



BAIKONUR (KAZAKHSTAN), 2 Safar 1440H, Khamis – Pendorong roket Soyuz FG yang membawa dua angkasawan Russia dan Amerika Syarikat (AS) ke Stesen Angkasa Lepas Antarabangsa (ISS), meletup beberapa minit selepas dilancarkan dari tapak pelancaran di sini, hari ini.

Kejadian berlaku jam 4.47 pagi waktu tempatan.

Bagaimanapun, angkasawan Nick Hague dan Alexei Ovchinin yang berada di dalam kapal angkasa Soyuz MS-10 di bahagian atas roket berkenaan dilaporkan selamat, selepas melakukan pendaratan kecemasan.

Rakaman dalam Soyuz MS-10 menunjukkan tubuh kedua-dua angkasawan itu bergoncang ketika roket berkenaan mula mengalami kegagalan fungsi sebelum meletup.

Agensi berita Russia, Sputnik, melaporkan kedua-dua angkasawan itu mendarat di Kazakhstan dan sudah berhubung dengan pasukan penyelamat.

"Pasukan pencari dan penyelamat sedang menuju ke tempat kedua-dua angkasawan berkenaan mendarat," kata Agensi Angkasa Lepas dan Aeronautik Kebangsaan (NASA) AS.

Kedua-dua angkasawan itu dijadual menyertai tiga lagi kru Expedition 57 yang sedia ada di dalam ISS. – Agensi




No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo