NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Qalam Mufti #17: Piala Malaysia 2018


QALAM MUFTI #17: PIALA MALAYSIA 2018

1. Piala Malaysia 2018 menyaksikan Terengganu bertemu pesaingnya, Perak. Jika ada yang bertanya kepada saya tentang kumpulan yang saya sokong, saya pasti ramai yang ada jawapannya.

2. Namun secara jujurnya, Terengganu dan Perak nampaknya memiliki kekuatan seimbang dalam final kali ini. Sukar untuk peminat atas pagar memilih pasukan 'clear favourite' jika ditelusuri kehebatan kedua-duanya.

3. Perak ada Gilmar da Silva manakala Terengganu ada Ashari Shamsudin selain Kipre dan Lee Tuck. Terengganu mahu mengakhiri penantian 17 tahun manakala Perak mahu mengakhiri penantian 18 tahun. Pertembungan yang pastinya genting pada malam ini.

4. Nasihat saya kepada peminat kedua-dua kumpulan, peliharalah 3 perkara yang penting di stadium:

a) Akhlak ketika menyaksikan perlawanan. Jangan ada provokasi atau sebarang usaha yang mencetuskan perbalahan.

b) Solat di awal waktu. Utamakan hak Allah SWT dan pastinya Dia akan memberkati setiap kerja buat kita.

c) Islam dan kebersihan berpisah tiada. Bergotong royonglah membersihkan stadium selepas perlawanan.

5. Berkenaan isu ulat tiket, kami sudah menjawabnya pada 5 September 2017. Klik http://muftiwp.gov.my/ms/artikel/bayan-linnas/677-bayan-linnas-siri-ke-111-fenomena-ulat-tiket-di-stadium-satu-pandangan

6. Akhir kalam, bertandinglah secara sihat dan bermaruah. Saya mendoakan kedua-dua pasukan supaya dapat memberikan aksi yang terbaik.

Apa yang pasti, anak Terengganu tetap bersatu dalam slogan #PetehGanuPeteh šŸ˜Š

Akhukum fillah,

Sahibus Samahah Dato Seri Dr. Zulkifli Mohamad al-Bakri
Mufti Wilayah Persekutuan

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo