NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Projek mesra rakyat: PAS kesal Guan Eng masih membisu



BANGI, 29 Muharram 1440H, Selasa – PAS kesal dengan sikap membisu Menteri Kewangan, Lim Guan Eng berhubung status pemansuhan lebih 4,000 projek mesra rakyat yang bernilai kira-kira RM 130 juta, di setiap Parlimen seluruh negara.

Ketua Penerangannya, Ustaz Nasrudin Hassan berkata, projek-projek tersebut telah lulus tetapi dibatalkan, sedangkan ia mempunyai kepentingan yang sangat signifikan kepada rakyat.

Serentak itu, PAS sekali lagi menuntut penjelasan Menteri Kewangan, berhubung projek mesra rakyat di setiap Parlimen (kecuali Wilayah Persekutuan dan Perlis) yang dibatalkan oleh kerajaan.

"Maklumat ini telah dibundarkan dan berdasarkan anggaran yang boleh dikemukakan sahaja. Antara negeri tersebut adalah Johor sebanyak 800 projek berjumlah RM9 juta, Perak 600 projek berjumlah RM20 juta, Negeri Sembilan 500 projek berjumlah RM9 juta, Kedah 500 projek berjumlah RM9 juta dan Sarawak 500 projek berjumlah RM42 juta.

"Oleh sebab itu, Menteri Kewangan mesti memberi penjelasan berhubung perkara ini supaya projek-projek yang melibatkan kepentingan langsung kepada rakyat dapat diteruskan," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Beliau bekata, PAS menyambut baik respon yang diberikan Timbalan Menteri Kerja Raya, Mohd Anuar Mohd Tahir semalam yang meminta rakyat tidak percaya dengan khabar angin kononnya kerajaan Pakatan Harapan akan membatalkan semua projek-projek pembangunan yang diluluskan kerajaan terdahulu.

Katanya, khabar angin sedemikian sengaja ditimbulkan pihak tertentu yang tidak berpuas hati dengan corak pentadbiran kerajaan sekarang yang lebih telus serta untuk menakut-nakutkan rakyat.

Bagaimanapun, Ustaz Nasrudin berkata, maklumat 4,000 projek yang dimansuhkan sehingga akhir bulan Julai 2018 bukan khabar angin.

Tegasnya, ia adalah maklumat yang perlu dijelaskan oleh Menteri Kewangan.

Beliau berkata, semua projek tersebut diperuntukkan oleh Kerajaan Persekutuan dan diseliakan oleh Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU).

Sumber: https://www.ismaweb.net/2018/10/09/projek-mesra-rakyat-pas-kesal-guan-eng-masih-membisu/












No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo