NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

PRK PD: Tolak Anwar, Isa Samad




KUALA LUMPUR, 2 Safar 1440H, Khamis – Bekas Setiausaha Politik, Datuk Seri Anwar Ibrahim, kira-kira 20 tahun lalu, Datuk Mohamad Ezam Mohd Nor menggesa pemilih tidak mengundi Presidenm PKR itu pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Port Dickson, Sabtu ini.

Beliau yang juga pengerusi badan bukan kerajaan (NGO), Hisbah Centre for Reform, mendakwa, Anwar mungkin telah mempengaruhi dan memaksa penyandang asal kerusi itu – Datuk Danyal Balagopal Abdullah – supaya melepaskan jawatan bagi memberikan laluan kepadanya kembali ke Dewan Rakyat.

Ezam berkata, tiada alasan munasabah diberikan untuk PRK itu diadakan dan menyebabkan wang negara terpaksa digunakan hanya untuk melaksanakan PRK yang tidak perlu.

Selain Anwar, Ezam turut menggesa orang ramai menolak Tan Sri Isa Samad kerana, katanya, Isa pernah dikaitkan dengan politik wang dan berdepan pelbagai dakwaan berkaitan salah laku urus tadbir yang belum dituntaskan.

"Pada hemat Hisbah, pengundi PD bebas mengundi calon-calon lain kerana mereka tidak didapati melanggar prinsip penting dari sudut urus tadbir negara yang juga digariskan Hisbah dalam persoalan kepimpinan," katanya seperti dilapor portal tempatan.

PRK Port Dickson bakal menyaksikan pertandingan tujuh penjuru membabitkan Anwar, calon PAS, Lt Kol (B) Mohd Nazari Mokhtar dan lima calon bebas termasuk Isa serta bekas pembantu Anwar, Mohd Saiful Bukhari Azlan.

Pada 12 September lalu, kerusi Parlimen Port Dickson dikosongkan oleh Datuk Danyal Balagopal Abdullah untuk memberi laluan kepada Anwar kembali ke Dewan Rakyat.

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo