PRK PD: Saya sokong PH, tapi bukan Anwar - calon bebas


PORT DICKSON - Bertanding dalam PRK Port Dickson bukan satu cabaran yang kecil, sebaliknya menganggap itu adalah saingan sengit kerana harus berdepan dengan calon popular PH, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Itu kenyataan yang dilontarkan calon Bebas, Stevie Chan Keng Leong yang menganggap dirinya adalah merupakan penyokong tegar PH.

Menurutnya, beliau bertanding dalam PRK kali ini adalah untuk menentang Anwar.

"Saya adalah penyokong PH, tapi bukan Anwar.

"Sokongan saya juga diberi sejak PRU lalu lagi dalam kita berkempen untuk mereka (PH). Kita masih sokong sehingga ke hadapan dan akan terus melindungi agenda harapan dari unsur politik lama," katanya kepada Sinar Harian.

Stevie Chan berkata, lihat sahaja bagaimana Anwar berkempen bermula dari hari pencalonan dengan konsep hiburan, tawaran projek dan tuisyen percuma yang berbaur politik.

Katanya, walaupun ia memberi faedah kepada warga Port Dickson dalam jangka masa pendek, tetapi bagi jangka masa panjang ia akan menjejaskan demokrasi dengan lebih teruk.

Tambahnya, sejak hari pertama beliau (Anwar) berkempen, beliau dilihat yakin untuk menang, namun itu sebaliknya apabila menuju ke penghujung kempen.

"Saya OK sahaja jika Anwar menang sebagai ahli Parlimen atau menjadi perdana menteri. Tapi harus ikut proses yang betul dan beretika.

"Anwar tak salah dari segi undang-undang, cuma beliau tidak etika. Kalau nak naik, perlu ada satu perkara yang perlu dihormati," katanya.




Reactions:

Post a Comment

[blogger]

1Media.My

{facebook#facebook.com/1mediaonline} {twitter#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {google-plus#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {pinterest#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {youtube#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {instagram#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL}

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget