NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

PRK PD: Keluar mengundi rendah, Baru 34 peratus


Nur Aqidah Azizi dan Tuty Haryanti Ahmad Rodzi
cnews@nstp.com.my

SURUHANJAYA Pilihan Raya (SPR) merekodkan 34 peratus pengundi keluar menunaikan tanggungjawab bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Port Dickson setakat 12 tengah hari, hari ini.

Pengerusi SPR, Azhar Azizan Harun berkata, proses pengundian membabitkan 32 pusat pengundian dengan 154 saluran.

"Proses pengundian setakat ini berjalan lancar dan tiada insiden serius dilaporkan," katanya selepas mengadakan lawatan di Sekolah Kebangsaan (SK) Chuah di sini, hari ini.

Azhar turut meminta orang ramai keluar mengundi awal berikutan keadaan cuaca yang tidak menentu.

Katanya, keputusan PRK Port Dickson dijangka diperoleh kira-kira 10 malam ini.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 13 Oktober 2018 @ 12:59 PM

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo