PRK PD: Anwar dijangka menang mudah, Saiful corot?





Bakal Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkemungkinan akan memenangi pilihan raya kecil Port Dickson dengan jumlah undi yang tinggi, menurut hasil kajian Institut Darul Ehsan (IDE).

Walau bagaimanapun, majoriti itu sukar ditentukan kerana ia bergantung kepada jumlah pengundi yang akan keluar, kata Timbalan Pengerusi IDE, Datuk Redzuan Othman pada satu taklimat di Port Dickson, petang ini.

Menurut kaji selidik ke atas 1,084 pengundi di Port Dickson yang dijalankan antara 8 hingga 9 Oktober, 74 peratus responden berkata mereka akan mengundi Anwar.

Pada pilihan raya umum lalu, HARAPAN memenangi kerusi parlimen itu dengan 58 peratus undi.

Sementara itu, Redzuan berkata PAS mungkin akan mengekalkan 11 peratus undi mereka.

Redzuan berkata kajian IDE mendapati bahawa PAS kebanyakannya berkempen di kawasan Melayu dan tidak dijangka mendapat lebih daripada satu peratus undi bukan Melayu.

Sementara itu, bekas naib presiden Umno yang dipecat, Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad, yang bertanding sebagai calon Bebas, dijangka mendapat 10 peratus undi, katanya. BN tidak meletakkan calon pada pilihan raya kecil ini meskipun mereka mendapat 30 peratus undi pada pilihan raya umum lalu.

Calon Bebas Stevie Chan, Lau Seck Yan dan Kang Chee Yuen mungkin memperoleh satu peratus undi manakala seorang agi calon Bebas, Saiful Bukhari Azlan, dijangka kalah teruk. Dua peratus pengundi lagi masih belum membuat keputusan.


"Kami soal lebih 1,000 orang tetapi gagal untuk mendapatkan seorang pun yang berkata mereka akan mengundi Saiful," katanya.

Walau bagaimanapun, Redzuan berkata mungkin masih ada penyokong daripada lebih 75,000 pengundi di Port Dickson yang akan mengundi Saiful tetapi mereka tidak dijumpai dalam sampel kecil sekitar lebih daripada 1,000 responden itu.

Bagaimana pun tinjauan nline dikalangan pembaca 1Media mendapati keadaan sebaliknya, dimana calon PAS yang juga seoran bekas tentera menjadi pilihan yang popular pada pilihanraya kecil Port Dickson kali ini.

Apa pun keputusan adalah ditangan 75 ribu pengudi di sini.Kita tunggu..

Reactions:

Post a Comment

[blogger]

1Media.My

{facebook#facebook.com/1mediaonline} {twitter#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {google-plus#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {pinterest#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {youtube#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {instagram#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL}

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget