NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Perlawanan akhir Piala Malaysia, Sukar nak percaya - Irfan


Oleh Mohd Khairie Khalid dan Naqib Nor Said dan Syafiq Aznan
sukanteam@nstp.com.my

SHAH ALAM: "Sukar untuk saya mempercayainya."

Itu reaksi pengendali Terengganu FC (TFC) Irfan Bakti Abu Salim selepas pasukannya gagal memanfaatkan kelebihan selepas tewas 1-4 kepada Perak menerusi penentuan sepakan penalti dalam aksi final Piala Malaysia 2018 di Stadium Shah Alam, sebentar tadi.

Kekalahan itu pastinya perit untuk ditelan apatah lagi skuad Penyu membenarkan Perak bangkit dua kali sebelum permainan diheret ke penentuan sepakan penalti selepas kedua-dua pasukan terikat 3-3 dalam masa tambahan.

"Sukar untuk mempercayai keputusan ini selepas kami mendahului 2-0 dan lawan kemudian bangkit menyamakan kedudukan pada masa sebenar dan ia sekali lagi terjadi pada masa tambahan ketika kami mendahului 3-2," katanya dalam sidang media selepas perlawanan.

Mengulas lanjut, Irfan yang masih kemarau gelaran Piala Malaysia sepanjang 19 tahun karier sebagai jurulatih, mengakui kehilangan khidmat Kipre Tchetche gara-gara kecederaan di babak kedua serta layangan kad merah ke atas Lee Tuck sedikit menjejaskan rentak permainan skuadnya.

"Tetapi pemain tempatan saya tetap meneruskan permainan dan kami berjaya menjaringkan gol ketiga. Cuma bila bercakap soal penalti ia sama seperti loteri dan bagi saya elemen nasib tidak bersama kami malam ini," katanya.

Dalam aksi penuh dramatik itu, Terengganu selesa mendahului 2-0 di separuh masa pertama hasil sumbangan gol Kipre pada minit pertama dan ke-42.

Bersambung babak kedua, Perak kembali dengan semangat baharu dan perlawanan kembali terbuka apabila mereka berjaya mengurangkan defisit seminit selepas rehat menerusi penyudah Mohd Firdaus Saiyadi.

Ketika TFC sudah berada di ambang kemenangan, Brendan Gan memastikan perlawanan diheret ke masa tambahan apabila mengikat kedudukan 2-2 menerusi rembatan jarak jauh pada minit pertama masa tambahan separuh masa kedua.

Mohd Faiz Nasir menceriakan TFC apabila meledak gol ketiga pada separuh masa pertama masa tambahan namun skrip sama sekali lagi berulang apabila TFC memberikan talian hayat kepada Perak dengan jaringan sendiri Igor Zonjic pada minit akhir sehingga memaksa perlawanan berlanjutan sehingga penentuan sepakan penalti.


Info 
Penentuan sepakan penalti

Perak
Wander Luiz O
Amirul Azhan Aznan O
Shahrul Saad O
Leandro Dos Santos O

TFC
Igor Zonjic X 
Chanthacheary Bin X

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo