Pemuda UMNO bantah jual hospital



KOS KESIHATAN RAKYAT BAKAL MENINGKAT JIKA ASET HOSPITAL KERAJAAN DIAPUNGKAN SEBAGAI REIT

oleh: Dr Asyraf Wajdi Bin Dusuki
Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia
17 Oktober 2018.

1. Cadangan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk mengapungkan aset bangunan hospital Kerajaan melalui kaedah Pelaburan Amanah Hartanah (Real Estate Investment Trust, REIT) patuh syariah bagi memperoleh dana tambahan sebanyak RM 3.0bn untuk tahun 2019 amat membimbangkan dan memerlukan kajian lebih teliti.


2. Menteri KKM YB Dato Seri Dr. Dzulkefly Ahmad di dalam satu temubual bersama media menyebut beliau telah membentang 2 cadangan kepada YAB Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamed dan diterima baik oleh beliau. Cadangan-cadangan ini akan dimajukan Kementerian Kewangan (MOF) bagi diperhalusi dan diluluskan secara bersama oleh Jemaah Menteri.

3. Selaku bekas pengamal Kewangan Islam, saya mengakui keadah REIT patuh syariah atau Islamic REIT ini sudah lama digunapakai oleh sektor swasta (Boleh rujuk artikel saya mengenainya di Laman Sesawang dan Buku saya Fundamentals of Islamic Finance). Model Islamic REIT bagi sektor kesihatan ini juga pernah diaplikasi oleh Kumpulan Perubatan KPJ melalui Al-Aqar Islamic REITnya.

4. Namum begitu, aplikasi REIT bagi hospital Kerajaan haruslah diperhalusi secara mendalam. Berdasarkan amalan biasa, pelabur-pelabur akan membeli unit-unit amanah REIT ini dimana jumlah dana yang dikumpulkan akan digunakan untuk membiayai pembelian dan pengambil-alihan bangunan-bangunan yang merupakan aset hartanah yang dijadikan unit amanah saham (unitisation/monetisation). REIT kemudiannya mengenakan caj sewa bangunan berkenaan kepada penyewa dan bayaran sewa yang dikutip akan diagihkan kepada pelabur-pelabur atau pemegang amanah saham REIT dalam bentuk dividen.

5. Di dalam kes KKM, KKM akan menjual aset-aset terdiri daripada bangunan hospital kerajaan kepada REIT dan memperoleh dana 'lump sump' sebanyak RM 3.0bn. KKM kemudiannya menyewa kembali aset bangunan hospital dari REIT untuk operasi hospital Kerajaan dan membuat bayaran sewa kepada REIT sepanjang aset bangunan tersebut diapungkan. Ini bermakna Kerajaan melalui KKM harus menyerap beban pembayaran sewa kepada REIT sebagai kos operasi atau memindahkan kos ini kepada pengguna hospital Kerajaan iaitu Rakyat selaku penguna perkhidmatan.

6. Saya menyeru YB Menteri KKM untuk tidak tergesa-gesa meneruskan inisiatif REIT yang bakal menambah beban rakyat yang kini sudahpun dibebani dengan pelbagai kos sara hidup yang terus meningkat dengan dasar penjimatan Kerajaan Malaysia Baharu setelah memberhentikan pelbagai skim bantuan sara hidup yang diperkenalkan kerajaan terdahulu.

7. Bagi memperhalusi secara mendalam rancangan REIT ini, saya menawarkan diri untuk turut sama membantu tanpa sebarang imbuhan dan bayaran bagi memastikan kepentingan rakyat terpelihara dan apa jua model REIT yang hendak diperkenalkan tidak akan sesekali menambah beban kepada rakyat jelata yang pastinya mengharapkan perkhidmatan kesihatan Kerajaan yang terbaik dan pada kos yang paling minima.



Labels:
Reactions:

Post a Comment

[blogger]

1Media.My

{facebook#facebook.com/1mediaonline} {twitter#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {google-plus#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {pinterest#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {youtube#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {instagram#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL}

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget