NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Pemilihan PKR: Azmin Dahului Rafizi 1,123 Undi


Datuk Seri Mohamed Azmin Ali ketika ini masih mendahului Rafizi Ramli bagi perebutan jawatan Timbalan Presiden PKR pada Pemilihan PKR 2018.

Ketika ini Mohamed Azmin yang juga Menteri Hal Ehwal Ekonomi memperoleh 35,415 undi, manakala Rafizi mendapat 34,296 undi, iaitu dengan kelebihan sebanyak 1,123 undi.

Jumlah undi berdasarkan keputusan muktamad pemilihan di Pahang, Kelantan, Terengganu, Pulau Pinang, Johor, Perlis serta pengundian bagi fasa pertama dan kedua di Selangor

Keputusan itu juga mengambil kira bilangan undi di Negeri Sembilan, Melaka dan Perlis.



Wartawan Watan-Online

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo