NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Pemandu treler nahas 5 maut di Terowong Menora positif dadah




IPOH, 28 Muharram 1440H, Isnin – Pemandu treler yang terbabit dalam nahas Terowong Menora hingga mengorbankan lima nyawa pada Sabtu lepas disahkan positif dadah.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Perak, Superintendan Ahmad Adnan Basri berkata, ujian saringan air kencing terhadap pemandu treler berkenaan mendapati suspek berusia 41 tahun itu positif dadah jenis methamphetamine.

Beliau berkata, pemandu beralamat dari Alor Setar itu ditahan di lokasi kejadian untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

"Polis akan mendapatkan perintah reman pagi ini," katanya.

Terdahulu dilaporkan, dalam kejadian jam 11.45 pagi, lima mangsa termasuk seorang kanak-kanak yang belum dikenal pasti identiti, ditemui dalam keadaan rentung selepas kereta Kia Forte dinaiki dirempuh treler berkenaan di Kilometer 255.3 Lebuhraya Utara Selatan.

Ketua Polis Daerah Kuala Kangsar, Asisten Komisioner Razali Ibrahim berkata, pemandu treler mendakwa dia cuba mengelak daripada merempuh kereta di hadapannya berikutan gagal mengawal kenderaan berat itu sebelum memasuki ke lorong kanan lebuh raya.

Katanya, susulan kejadian, treler berkenaan merempuh tiga kereta di lorong kanan, namun kereta Kia Forte dinaiki lima mangsa terhimpit di antara penghadang jalan konkrit dan treler itu sebelum kedua-dua kenderaan terbabit terbakar.

Sumber: https://www.ismaweb.net/2018/10/08/pemandu-treler-nahas-5-maut-di-terowong-menora-positif-dadah/

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo