NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

PAS nafi persoal keputusan Agong



Ridauddin Daud 
12 Oktober 2018

PORT DICKSON - Pas menafikan mereka mempersoalkan keputusan Yang Dipertuan Agong berhubung isu pengampunan bebas kepada calon Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Setiausaha Agungnya, Datuk Takiyuddin Hassan berkata, soal kelayakan Anwar bertanding dalam PRK Parlimen Port Dickson bukanlah isu politik atau derhaka kepada Raja tetapi ia adalah isu perundangan.


Jadi, beliau menegaskan pandangan Pas dalam perkara tersebut bukanlah 'sembah derhaka' kepada Yang Dipertuan Agong.

"Yang Dipertuan Agong ikut undang-undang di bawah Perkara 42 dalam Perlembagaan Persekutuan. Pihak istana sendiri katakan berdasarkan Perkara 42, Yang Dipertuan Agong beri pengampunan penuh kepada Anwar.


"Isu yang dibangkitkan sekarang adakah Anwar mendapat pengampunan bebas di bawah Perkara 48? Ini bukan soal pertikaikan kuasa Yang Dipertuan Agong.

"Malah, Pas juga tidak pernah pertikaikan keputusan Lembaga Pengampunan yang nasihatkan Yang Dipertuan Agong," katanya pada sidang media di Telok Kemang, di sini, hari ini.

Dalam pada itu, Takiyuddin turut merasakan Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR) tidak melaksanakan perkara sepatutnya dalam menyelesaikan isu dibangkitkan.

Menurutnya, jika SPR tidak mampu membuat tafsiran jelas, mereka sepatutnya merujuk kepada mahkamah dan tafsiran perlu dibuat sebelum pilihan raya berjalan.

"Sekiranya SPR tak dapat satu tafsiran jelas, mereka perlu tangguhkan pilihan raya ini. Dapatkan satu deklarasi dan interpretasi daripada mahkamah.

"Pihak paling layan membuat tafsiran adalah Mahkamah Tinggi," ujarnya. - SINAR HARIAN








.

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo