NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Pahang tetap teruskan operasi khalwat ikut SOP khalwat

Kerajaan Pahang akan tetap meneruskan operasi pencegahan maksiat tanpa mengambil kira pandangan Menteri di Jabatan Menteri, Dr Mujahid Yusof.


Pemangku Raja Pahang Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah bertitah, serbuan akan dilaksanakan mengikut Prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan Majlis Agama Islam Pahang, lapor Sinar Harian.

"Serbuan masih akan diteruskan tetapi perlu ikut undang-undang yang dilaksanakan seperti mendapatkan kelulusan dahulu daripada pihak polis dan Majlis Perbandaran Kuantan (MPK).

"SOP itu perlu dilakukan dan kalau ingin buat serbuan perlu ada aduan terlebih dahulu seterusnya tidak melakukan secara melulu," titahnya pada majlis perasmian bengkel catur bagi pelajar sekolah peringkat Pahang sempena ulang tahun Hari Keputeraan Sultan Pahang, di Pekan hari ini.

Tengku Abdullah mengulas laporan eksklusif The Star semalam bahawa tiada lagi ketukan pintu di tengah malam oleh pegawai agama jika mendapat laporan khalwat atau aktiviti lain menyalahi ajaran Islam.

Laporan bertajuk "No more night khalwat raids or intrusion into Muslims' private lives says Mujahid" itu menerima pelbagai kecaman daripada masyarakat Islam, termasuk mufti yang bimbang usaha membanteras maksiat tidak dapat dilakukan sekiranya operasi itu dihentikan.

Bagaimanapun Mujahid hari ini menafikan tajuk laporan berita yang digunakan akhbar itu dengan mengatakan kenyataan tersebut "tidak keluar daripada mulutnya".


"Saya tak pernah menyebut isu kononnya (serbuan) dihentikan pada waktu malam, tidak diketuk pintu, itu semua adalah tambahan daripada editor yang mengambil rumusan mereka (daripada kenyataan saya).

"Sila rujuk kepada wawancara di dalamnya (laporan itu) yang lebih tepat kepada maksud yang saya ingin sampaikan," katanya kepada stesen TV Al-Hijrah.

Sementara itu Tengku Abdulah yang juga Yang Dipertua Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP), bertitah di peringkat negeri khususnya Pahang akan meneliti kaedah bagi membendung perbuatan maksiat.

"Lebih berhemah (operasi) supaya kita dapat mengurangkan (khalwat dan aktiviti menyalahi ajaran Islam) dengan mengadakan program kesedaran lebih baik daripada tindakan undang-undang," titahnya.

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo