NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Nasib LPT3 Jumaat ini



KUALA LUMPUR, 20 Safar 1440H, Isnin
– Menteri Kerja Raya, Baru Bian berkata, pelaksanaan projek Lebuh Raya Pantai Timur Fasa 3 (LPT3) bergantung kepada kemampuan kewangan kerajaan yang akan dibentangkan Jumaat ini.


Katanya, buat masa ini, kerajaan perlu mengamalkan sikap berjimat cermat, namun jika keadaan kewangan berada dalam keadaan yang lebih baik, maka sudah tentu projek sedemikian akan diteruskan.

"Pelaksanaan tersebut tertakluk kepada belanjawan dan keputusan Kabinet serta agensi-agensi di bawah Kerajaan Pusat sebelum membuat sebarang keputusan berhubung projek tersebut.

"Kalau keadaan kewangan mengizinkan, kita akan mendahulukan projek yang memberi manfaat kepada rakyat," katanya seperti dilapor akhbar tempatan.


Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas merasmikan Pameran dan Persidangan Jalan Raya Malaysia ke-10 di sini hari ini.

Terdahulu, Timbalan Menteri Kerja Raya, Mohd Anuar Mohd Tahir berkata, berdasarkan Kajian Kemungkinan Awalan projek LPT3 yang telah siap pada 2009, sebanyak tiga daerah di Terengganu akan terlibat dalam projek berkenaan iaitu Kuala Terengganu, Setiu dan Besut manakala di Kelantan membabitkan lima jajahan iaitu Pasir Puteh, Bachok, Pasir Mas, Kota Bharu dan Tumpat.

Pembinaan lebuh raya sepanjang 147 kilometer yang dicadang dalam Rancangan Malaysia Ke-11 pada 2015 itu dilihat sebagai satu keperluan, namun, beliau berkata, pembinaannya perlu melihat antara lain kewangan terkini kerajaan.

Sumber: https://www.ismaweb.net/2018/10/29/nasib-lpt3-jumaat-ini/


No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo