NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Nahas Lion Air : Laungan takbir 'Allahu Akbar, Laa Ilaaha Illallah'


HANYA laungan takbir yang mampu diluahkan penumpang pesawat Lion Air sebelum terhempas di perairan Karawang, Jakarta.

Situasi itu dipercayai sempat dirakam penumpang sebelum video yang berdurasi seminit itu tersebar.

Bagaimanapun kesahihan video yang dikaitkan dengan nahas kapal terbang itu belum dapat disahkan.


Video berkenaan menunjukkan sekumpulan penumpang menjerit dan melaungkan takbir selain beristighfar dalam keadaan kabin gelap.

Buat beberapa ketika, video terbabit turut menunjukkan keadaan di luar pesawat yang agak kabur dan terdapat beberapa gegaran kecil.

Selain itu, satu video operasi Agensi Bencana Nasional Indonesia (BASARNAS) yang berdurasi seminit 27 saat itu turut tersebar.

Video terbabit menunjukkan agensi berkenaan menemui kaki dipercayai milik penumpang berkenaan.

Pasukan penyelamat yang tiba di lokasi pesawat Lion Air yang terhempas menemui serpihan kapal terbang bersama cebisan badan manusia serta telefon bimbit yang terapung di lautan.

Pesawat Lion Air JT 610 terhempas di sekitar perairan Daerah Karawang beberapa minit selepas berlepas dari lapangan terbang Jakarta menuju ke Pangkal Pinang di Bangka Belitung pagi, hari ini.

Semua 188 penumpang dan anak kapal pesawat jenis Boieng 737 itu dipercayai terbunuh dalam nahas berkenaan.

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo