NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Mujahid Tak Faham Perlembagaan?



"SHAH ALAM - Kenyataan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa berkaitan penguatkuasaan jenayah khalwat disifatkan sebagai sangat naif.

Presiden Persatuan Peguam Peguam Muslim Malaysia (PPMM), Datuk Zainul Rijal Abu Bakar, berkata ini kerana kenyataan itu sama sekali tidak bersandarkan kepada perlembagaan dan undang-undang 'yang berkuatkuasa'.

"Saya kata tak sandarkan kepada perlembagaan kerana sebagai menteri persekutuan beliau harus faham dan sedar bahawa isu-isu perundangan syariah ini adalah dalam bidang kuasa negeri melainkan di Wilayah Persekutuan jadi kenyataan beliau tiada lagi tangkapan khalwat itu adalah bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan.

"Kerana ia adalah di bawah bidang kuasa negeri dan ia juga jejaskan kuasa sultan dan campuri urusan negeri dan undang-undang yang berkuatkuasa negeri, terpulang kepada penjawat atau penguatkuasa agama atau pendakwa syarie negeri untuk melaksanakannya atau tidak dan menteri persekutuan tak boleh campuri urusan negeri, bercanggah dengan perlembagaan," katanya kepada Sinar Harian.

Beliau berkata demikian mengulas kenyataan Mujahid yang dipetik berkata tiada lagi ketukan pintu di tengah malam atau pintu dipecahkan oleh pegawai agama jika mendapat laporan khalwat atau aktiviti lain yang menyalahi ajaran Islam.

Sebaliknya tegas Mujahid, apa yang dilakukan oleh orang Islam di sebalik pintu yang tertutup adalah bukan urusan kerajaan.

Katanya lagi, Mujahid dilihat tidak faham bahawa undang-undang yang dikuatkuasa pelaksanaannya ini termasuklah di Wilayah Persekutuan dan undang-undang jenayah syariah adalah tersusun dan ada tatacara sendiri.

"Khususnya di Wilayah Persekutuan  ada akta tatacara jenayah mahkamah syariah di dalam akta itu ada menyebut tentang bagaimana prosuder penyiasatan dibuat penguatkuasa agama mempunyai hak untuk memasuki premis yang di mana disyaki akan  berlaku kesalahan dalam premis itu," katanya.

Jelasnya, kata-kata Mujahid tidak boleh mengatasi undang-undang kecuali beliau meminta Parlimen untuk meminda undang-undang baharu di Parlimen.

Sementara itu menurut, Presiden Persatuan Peguam Syarie Malaysia (PGSM) Musa Awang turut berpandangan sama.

Katanya, tangkapan yang dilakukan oleh pegawai penguatkuasa agama adalah berdasarkan kepada undang-undang yang telah dikanunkan.

"Ia juga adalah berdasarkan maklumat dan aduan. Apabila telah wujud aduan maka ia bukan lagi isu peribadi sebaliknya telah diketahui umum dan telah menjadi tanggungjawab kerajaan yg memerintah untuk mengambil tindakan sebagai tanggungjawab kepada rakyat," katanya."

6hb Oktober 2018

Sumber: http://www.sinarharian.com.my/mobile/nasional/mujahid-tak-faham-perlembagaan-1.888409#.W7hyTD95ZO0.whatsapp

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo