NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Mohd Nazrul CEO baharu Felcra



KUALA LUMPUR, 10 Safar 1440H, Jumaat – Mohd Nazrul Izam Mansor diumumkan sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) FELCRA Berhad yang baharu berkuat kuasa Isnin ini.

Pengerusinya, Datuk Nageeb Wahab berkata, pelantikan Mohd Nazrul itu menggantikan CEO sebelum ini, Datuk Zulkarnain Md Eusope yang menamatkan perkhidmatannya hari ini.

"Pelantikan ini dibuat selepas Zulkarnain menamatkan perkhidmatannya atas persetujuan bersama antara beliau, Ahli Lembaga Pengarah Felcra dan Jabatan Perdana Menteri.

"Sehubungan itu, Kementerian Kewangan melantik Mohd Nazrul Izam sebagai CEO baharu menggantikan beliau berkuat kuasa 22 Oktober ini," katanya seperti dilapor akhbar tempatan.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar di Wisma Felcra di sini hari ini.

Pada masa sama, Nageeb memberitahu, Mohd Nazrul merupakan ahli korporat berpengalaman dalam pelbagai bisnes dan merupakan ahli kepada Akauntan Bertauliah (Malaysia).

"Dengan pengalaman lebih 20 tahun dalam bidang korporat dan sebagai akauntan bertauliah, Mohd Nazrul diharap dapat memberi komitmen penuh membawa FELCRA ke tahap yang lebih tinggi.

"Kita juga mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Zulkarnain di atas sumbangan beliau ketika mengetuai FELCRA Berhad secara keseluruhannya," katanya pada sidang media di Wisma FELCRA, Setapak di sini hari ini.

Mohd Nazrul Izam sebelum ini adalah Pengarah Urusan Teras Dara Konsortium Sdn Bhd sebuah syarikat cemerlang dalam bidang tenaga, perladangan, pelaburan hartanah dan pembangunan hartanah dan berpengalaman luas dalam beberapa entiti korporat yang lain.

Beliau juga adalah ahli kepada Chartered Accountant (Malaysia) dan Certified Practicing Accountant (CPA), dan juga alumni kepada The University Of Queensland, Brisbane, Australia. - BERNAMA

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo