NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Mesej negeri Pantai Timur kepada kerajaan Persekutuan


TERENGGANU - Ahli Parlimen Kuala Terengganu Ahmad Amzad Hashim mencadangkan agar kerajaan menetapkan sasaran baru “Dasar Pandang Ke Timur” dengan menjadikan Pantai Timur sebagai pintu masuk kepada import dan eksport negara.

Katanya, dengan memperkenalkan dasar ini, pendekatan secara bersepadu terhadap jaringan jalan raya dan infrastruktur akan diperlukan.

Justeru katanya, oleh itu projek ECRL masih boleh diteruskan atas keperluan daripada zon perindustrian yang dibangunkan.
Advertisement

"Inisiatif kerajaan sebelum ini yang membina kapal-kapal baru bagi industri pertahanan laut telah merangsang permintaan yang banyak daripada pelabur, malangnya tiada projek yang sama di Pantai Timur menyebabkan pertumbuhan ekonomi yang malap," katanya dalam satu kenyataan hari ini

Katanya, kerajaan pusat boleh membantu industri maritim di Pantai Timur dengan membantu menyediakan limbungan yang berupaya membina kapal-kapal bersaiz kecil dan sederhana bermutu tinggi pada harga berpatutan

"Kerajaan juga perlu menyediakan agihan royalti hasil minyak dan gas secara wajar mengikut perundangan sedia ada bagi memastikan kemakmuran masyarakat," katanya.

Jelasnya adalah tidak wajar bagi kerajaan untuk terus membawa sentimen bahawa kerajaan negeri gagal memberikan pembangunan kecuali melalui kerajaan pusat.

Walhal, katanya jika wang royalti ini diselenggara dengan baik, ia boleh digunakan untuk kerajaan Terengganu dan Kelantan melabur dalam program-program yang boleh merangsang pertumbuhan ekonomi negeri sekaligus melaksanakan projek pembangunan yang menguntungkan golongan miskin dan sederhana.

Katanya, selain itu, komitmen kerajaan negeri Terengganu yang berusaha mencegah jenayah yang berada di bawah ruang lingkup negeri seperti melaksanakan hukuman sebatan syariah perlu disokong oleh kerajaan persekutuan demi mewujudkan persekitaran hidup yang lebih selamat.

"Saya juga ingin menyeru kepada semua ahli Parlimen yang beragama Islam, tidak kira daripada parti mana pun, untuk menjadi 'front-liner defender of Islam' apabila pihak liberal dan 'human rights' menyerang mahkamah syariah dengan mengatakan undang-undang syariah sebagai zalim, ketinggalan zaman dan mengaibkan," katanya.

Sementara itu mengulas mengenai RMK-11 besar harapannya agar perancangan itu mengikut model idea dan gagasan manifesto PH dan bukanlah semata-mata untuk menyedapkan hati rakyat.

"Kerajaan selepas ini tidak boleh lagi memberi alasan hutang negara jika daripada awal lagi kerajaan tahu bahawa perancangan-perancangan ini tidak boleh dilaksana sama seperti nasib manifesto PH yang dilihat tidak realistik oleh menteri-menteri parti komponennya sendiri," katanya.

Sumber: http://www.sinarharian.com.my/mobile/nasional/mesej-negeri-pantai-timur-kepada-kerajaan-persekutuan-1.896014#.W9C

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo