NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

MB Negeri Sembilan arah siasat Oktoberfest




SEREMBAN, 7 Safar 1440H, Khamis – Menteri Besar, Aminuddin Harun mengarahkan siasatan terhadap penganjuran pesta arak atau Oktoberfest di sebuah rumah kelab di negeri ini, dibuat susulan tersebarnya ia di laman sosial Facebook.

Aminuddin berkata, beliau sememangnya bertegas tidak akan membenarkan sebarang bentuk pesta arak dibuat di negeri ini, kerana ia perbuatan tidak sihat.

Beliau turut memaklumkan pihaknya tidak menerima sebarang permohonan permit untuk penganjuran pesta itu dan sesekali tidak akan membenarkannya. 


"Saya telah pun mendapat pandangan daripada Penasihat Undang-Undang negeri dan diberitahu jika acara itu dianjurkan di tempat tertutup dan hanya untuk ahli mereka saja, ia tiada masalah selagi tidak melanggar undang-undang.

"Cuma, tak perlulah dipromosikan di luar atau disebarkan. Tapi, apa-apa pun saya akan arahkan Majlis Perbandaran Seremban(MPS) untuk siasat mengenainya," katanya seperti dilapor akhbar tempatan.

Kelmarin, tular poster penganjuran pesta berkenaan di sebuah rumah kelab di sini, yang akan diadakan pada 27 Oktober ini.

Sumber: https://www.ismaweb.net/2018/10/18/mb-negeri-sembilan-arah-siasat-oktoberfestt/

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo