NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

MAPPIM Dan UMMAH Bantah Waytha Moorty


1. Majlis Pembangunan Pendidikan Islam Malaysia (MAPPIM) bersama gabungan 300 Ngo Gerakan Pembela Ummah (UMMAH) membantah sekeras-kerasnya kenyataan Menteri Waytha Moorty yang telah mendahului pendirian rasmi kerajaan Malaysia yang menyatakan, bahawa kerajaan akan menandatangani Konvesyen Antarabangsa Untuk Memansuhkan Semua Bentuk Diskriminasi Perkaumnan (ICERD) pada suku tahun hadapan.

2. Mappim bersama 300 Ngo Ummah akan membuat bantahan secara rasmi ke Parlimen dan juga akan bertemu dengan Perdana Menteri serta semua ahli parlimen bagi menolak cadangan tersebut dalam masa yang terdekat ini.

3. Kesan besar jika kerajaan menandatangani konvesyen ini ialah akan berlaku penghapusan hak-hak keistimewaan orang melayu dan bumiputera dalam perkara 153 perlembagaan persekutuan, juga hak-hak istimewa orang melayu dalam pendidikan seperti biasiswa, kemasukan pelajar ke IPTA, MRSM dan Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar rasmi dalam sistem pendidikan akan tergugat.

4. MAPPIM dan 300 Ngo Ummah menyeru seluruh rakyat Malaysia dan pemimpin orang melayu supaya bangun bagi membantah pendirian Waytha Moorthy, kerana ianya tidak sesuai bagi negara Malaysia yang majoriti orang melayu serta berlawanan dengan peruntukan perlembagaan yang telah pun dipersetujui bersama-sama semasa kemerdekaan negara dicapai.

4. Sekiranya persetujuan bersama 'kontrak sosial' ini cuba dirombak dengan menandatangani konvesyen tersebut, maka dibimbangi ini akan menimbulkan keresahan dan akan menganggu kestabilan negara yang telah sedia wujud.

Mohd Zai bin Mustafa
Ketua Eksekutif MAPPIM
Ahli Jawatankuasa UMMAH.
28 Okt 2018

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo