NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Mangsa mesin pengering dobi meletup meninggal dunia


KLANG, 5 Safar 1440H, Ahad – Lelaki yang melecur kira-kira 75 peratus selepas mesin pengering pakaian di sebuah kedai dobi di Jalan Johan Setia meletup, 4 Oktober lalu meninggal dunia pagi tadi.
Lelaki itu dilaporkan menghembuskan nafas terakhir pada jam 8.30 pagi ketika menerima rawatan di Unit Rawatan Rapi, Hospital Sungai Buloh di sini. 

Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Shamsul Amar Ramli berkata, pihaknya menerima panggilan daripada anak mangsa memaklumkan mengenai kematian ayahnya pada pukul 9 pagi tadi. 

"Mangsa disahkan meninggal dunia akibat kegagalan organ dalaman kesan daripada melecur kira-kira 73 peratus," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini. 


Mengulas lanjut, Shamsul Amar berkata, anak perempuan mangsa yang turut melecur kira-kira 37 peratus kini sedang dirawat di Hospital Selayang sejak Isnin lalu. 

Letupan itu dipercayai berlaku selepas mangsa menekan butang 'START' mesin pengering, yang secara tiba-tiba meletup dan menyebabkan dua beranak itu mengalami kebakaran pada tubuh badan. 

Susulan itu lelaki berkenaan dan anaknya berumur 14 tahun yang melecur pada beberapa bahagian badan dirawat di Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR).


Sumber: https://www.ismaweb.net/2018/10/14/mangsa-mesin-pengering-dobi-meletup-meninggal-duniaa/

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo