NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Lima menteri dapat gelaran Datuk Seri



Nor Farhana Yaacob
13 Oktober 2018

Istiadat Penganugerahan Darjah, Bintang dan Pingat Kebesaran Negeri Melaka 2018 sempena Sambutan Hari Jadi Ke-80 Yang Dipertua Negeri Melaka Tun Dr Mohd Khalil Yaakob di Dewan Seri Negeri, Ayer Keroh, Melaka. - Foto Bernama

MELAKA TENGAH - [DIKEMASKINI] Lima Menteri menerima Darjah, Bintang dan Pingat Kebesaran Negeri Melaka sempena sambutan Ulang Tahun ke-80 Yang di-Pertua Negeri Melaka, Tun Dr Mohd Khalil Yaakob, hari ini.

Penerima Darjah Gemilang Seri Melaka (DGSM) yang membawa gelaran Datuk Seri didahului Menteri Pembangunan Luar Bandar, Datuk Seri Rina Harun; Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkeply Ahmad; Menteri Pembangunan Usahawan, Datuk Seri Mohd Redzuan Md Yusof; Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail; dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (JPM/Agama), Datuk Seri Dr Mujahid Yusof.

Khalil turut menyampaikan Darjah Cemerlang Seri Melaka (DCSM) yang membawa gelaran Datuk Wira kepada sembilan penerima, antaranya Speaker Dewan Undangan Negeri Melaka, Datuk Wira Omar Jaafar; Timbalan Menteri di JPM, Datuk Wira Dr Md Farid Md Rafik; Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan, Datuk Wira Mohd Hatta Md Ramli; dan Ketua Polis Melaka, Datuk Wira Raja Shahrom Raja Abdullah.

Darjah Mulia Seri Melaka (DMSM) yang membawa gelaran Datuk kepada 18 penerima antaranya Exco Perindustrian, Perdagangan dan Pelaburan negeri, Datuk Mohd Rafiq Naizamohideen; EXCO Perumahan, Kerajaan Tempatan dan Alam Sekitar, Datuk Tey Kok Kiew; Exco Pelancongan, Warisan dan Kebudayaan, Datuk Muhammad Jailani Khamis; dan Exco Kerja Raya, Pengangkutan dan Kemudahan Awam, Datuk Mohd Sofi Abdul Wahab.

Dalam ada itu, Darjah Pangkuan Seri Melaka (DPSM) yang membawa gelaran Datuk turut disampaikan kepada 44 penerima antaranya Duta Besar Myanmar, Datuk Zahairi Baharim dan bekas atlet olahragawan kebangsaan, Datuk M.Ramachandran.

Manakala, seramai 18 orang menerima Darjah Seri Melaka (DSM), 35 penerima Bintang Cemerlang Melaka (BCM), 72 penerima Bintang Khidmat Terpuji (BKT), 100 penerima Pingat Jasa Kebaktian (PJK) dan 87 Pingat Bakti Masyarakat (PBM) pada sesi penganugerahan itu.

Majlis penganugerahan itu akan diadakan dua sesi termasuk hari ini membabitkan 161 penerima, manakala 258 penerima lagi pada 10 November depan.



No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo