NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Kit Siang kena tanya anak sendiri bukti diskriminasi Pantai Timur



KUALA LUMPUR, 12 Safar 1440H, Ahad – Pemimpin veteran parti tamak haloba DAP, Lim Kit Siang digesa meminta bukti bahawa berlakunya diskriminasi terhadap negeri Kelantan dan Terengganu kepada anaknya sendiri, Lim Guan Eng yang juga Menteri Kewangan.

Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dalam satu kenyataan berkata, sebelum ini, Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad bersetuju untuk mengembalikan royalti terus kepada negeri sebagaimana dijanjikan dalam Manifesto Pakatan Harapan (PH).

Namun, Abdul Hadi berkata, pembayaran kepada Kelantan dan Terengganu sehingga kini masih terhalang.

"Jika Saudara Lim Kit Siang mahukan bukti, sila tanya Menteri Kewangan," tegasnya.

Ahli Parlimen Marang itu, sebelum ini berkata, DAP bersikap tidak jujur terhadap keadilan apabila kepemimpinan parti itu masih berdegil kerana enggan mempedulikan pembangunan di negeri Pantai Timur dan Utara, termasuk Perlis serta Sabah dan Sarawak

Beliau berkata, contoh paling ketara ialah sikap tidak jujur kepemimpinan DAP apabila tidak bersetuju dengan cadangan Kerajaan Persekutuan untuk mengembalikan royalti minyak sebanyak 20 peratus kepada negeri pengeluar, termasuk Terengganu dan Kelantan.

Susulan itu, Kit Siang yang tidak berpuas hati dengan dakwaan itu, mengeluarkan kenyataan bahawa Abdul Hadi hanya akan terus menghina politik Islam jika berterusan menuduh DAP mendiskriminasi pembangunan di Pantai Timur.


Sumber: https://www.ismaweb.net/2018/10/21/kit-siang-kena-tanya-anak-sendiri-bukti-diskriminasi-pantai-timur/

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo