NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

 Ketuanan Melayu: Syed Saddiq ‘U-Turn’


Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman menjelaskan tidak berniat menyentuh hak orang Melayu, raja-raja Melayu atau pun agama Islam apabila membangkitkan mengenai ketuanan Melayu dalam ucapan beliau semalam.

Sebaliknya, Ketua Angkatan Bersatu Anak Muda (Armada) Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) itu memberitahu, istilah tersebut merujuk kepada konteks ekonomi dan hala tuju masa depan orang Melayu.

Syed Saddiq percaya, nasib orang Melayu adalah di tangan mereka sendiri dan tidak perlu diungkit istilah ketuanan melalui slogan dan syarahan.

“Kita `tuan’ kalau berani berubah, berani menghadap risiko, menjalankan kerja dengan amanah dan sentiasa menguasai semua ilmu sampai tidak perlu bergantung kepada sesiapa pun lagi,” kata beliau.

Ahli Parlimen Muar itu menzahirkan isi hati dalam kenyataan panjang dalam akaun Facebook beliau hari ini selepas menerima pelbagai kritikan berikutan ucapannya semalam bahawa ketuanan Melayu telah berakhir.

Wartawan Watan-Online


No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo