Kedah: Pejabat Menteri Besar kesal kenyataan fitnah pelantikan Menteri Besar baharu




ZAID MOHD. NOOR
13 Oktober 2018 11:00 AM

Isu pelantikan Menteri Besar Kedah baharu adalah fitnah.
ALOR SETAR - Pejabat Menteri Besar melahirkan rasa kesal terhadap dakwaan pelantikan Menteri Besar baharu bagi menggantikan Datuk Seri Mukhriz Mahathir yang menjadi viral sejak beberapa hari lalu.

Setiausaha Akhbar Menteri Besar itu, Mohd. Fisol Jaafar berkata, dakwaan tersebut adalah palsu dan fitnah.

"Ia kenyataan nakal daripada pihak tertentu," katanya ketika ditemui pemberita selepas Majlis Pelancaran Hari Sukan Negara peringkat Kedah di pekarangan Kompleks Belia dan Sukan di sini hari ini.

Kosmo! Online semalam melaporkan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Gurun, Datuk Johari Abdul menolak khabar angin yang mendakwa beliau bakal dilantik sebagai Menteri Besar Kedah yang baharu bagi menggantikan penyandangnya, Datuk Seri Muhkriz Mahathir.

Selain itu, Mohd. Fisol memberitahu, ibu pejabat Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) juga sudah mengeluarkan kenyataan semalam bahawa isu pelantikan Menteri Besar Kedah baharu yang menjadi viral itu adalah fitnah.

Difahamkan Mukhriz akan menghadap Sultan Kedah, Sultan Sallehuddin Sultan Badlishah pagi ini. - K! ONLINE
Labels:
Reactions:

Post a Comment

[blogger]

1Media.My

{facebook#facebook.com/1mediaonline} {twitter#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {google-plus#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {pinterest#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {youtube#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {instagram#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL}

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget