'Kalau ada rezeki, menang' - Isa Samad







MOHD. Isa Abdul Samad (tengah) anak-anaknya, Mohd. Najib (kiri) Lelawati (dua dari kiri), Megawati (kanan) dan Juhaida (dua dari kanan) menunjukkan jari masing-masing yang dicelup dakwat selepas mereka mengundi dalam PRK Parlimen Port Dickson di SK Linggi, Port Dickson, hari ini. UTUSAN ONLINE / IZZUL AHMAD

Diana Azis


PORT DICKSON 13 Okt. - Calon Bebas bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Port Dickson, Tan Sri Mohd. Isa Samad secara berseloroh menyatakan beliau telah mendahului calon lain dengan lima undi.

Beliau mengundi bersama empat anaknya di Sekolah Kebangsaan (SK) Linggi, dekat sini.


"Insya-Allah kalau ada rezeki (saya) menang, tidak kira berapa undi sekali pun," katanya ketika ditemui selepas mengundi di SK Linggi dekat sini, hari ini.

Dalam pada itu ketika ditanya perasaan selepas selesai mengundi, Mohd. Isa menzahirkan rasa gembira selain turut meminta orang ramai untuk keluar melaksanakan tanggungjawab sebagai pengundi.

"Ini adalah kali ke-10 saya mengundi di Port Dickson walaupun sebelum ini bertanding di Jempol dan sudah 40 tahun buat kerja politik, tidak pernah penat.

"Mungkin orang ramai sudah letih kerana tidak patut ada PRK, tetapi keluarlah tunaikan tanggungjawab kita," katanya. - UTUSAN ONLINE




Reactions:

Post a Comment

[blogger]

1Media.My

{facebook#facebook.com/1mediaonline} {twitter#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {google-plus#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {pinterest#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {youtube#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {instagram#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL}

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget