NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Kahwin: Pasangan bawah 18 tahun dirujuk ke Mahkamah Syariah



AYER KEROH, 14 Safar 1440H, Selasa – Kerajaan negeri Melaka kini sedang menilai secara terperinci sebelum membuat keputusan berhubung had minimum perkahwinan bagi lelaki dan perempuan di negeri ini.

Ketua Menteri, Adly Zahari berkata, ketika ini, had umur perkahwinan orang Islam di negeri ini adalah 16 tahun bagi perempuan dan 18 tahun lelaki, manakala bagi bukan Islam masing-masing 18 tahun untuk perempuan dan lelaki.

Bagaimanapun, beliau berkata, perkahwinan orang Islam di bawah umur 18 tahun di Melaka pada masa akan datang mungkin perlu dirujuk ke Mahkamah Syariah negeri bagi mendapatkan akuan kebenaran perkahwinan.

"Kita sedang berbincang susulan mesyuarat kerajaan Pusat yang menetapkan had umur perkahwinan orang Islam dan bukan Islam serta masing-masing lelaki dan perempuan pada 18 tahun.

"Melaka akan membuat penilaian, (sebelum) membuat keputusan. Mungkin bagi kes tertentu, perkahwinan bawah umur 18 tahun harus mendapat kebenaran Mahkamah Syariah.

"Ruangnya masih ada, tetapi kawalan perlu dibuat," katanya seperti dilapor akhbar tempatan.

Beliau berkata demikian selepas merasmikan perhimpunan bulanan kerajaan negeri anjuran Perbadanan Melaka Holdings (PMH) di Seri Negeri, di sini, hari ini.

Pada Mesyuarat Menteri Besar dan Ketua Menteri yang dipengerusikan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad di Putrajaya, minggu lalu, had umur perkahwinan bagi orang Islam dan bukan Islam serta lelaki dan perempuan ditetapkan pada 18 tahun di semua negeri.

Bagaimanapun, mesyuarat itu juga menetapkan perkahwinan di bawah umur 18 tahun dibolehkan, tetapi ia perlu dilakukan dengan bersebab serta mendapat kelulusan Menteri Besar atau Ketua Menteri.

Sumber: https://www.ismaweb.net/2018/10/23/kahwin-pasangan-bawah-18-tahun-dirujuk-ke-mahkamah-syariah/

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo