NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Jelaskan Royalti Minyak Kelantan, Terengganu- Abdul Hadi


Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang menyelar tindakan kerajaan Persekutuan yang masih menghalang pembayaran royalti petroleum kepada negeri di bawah pemerintahan PAS di Kelantan dan Terengganu.

Beliau berkata, meskipun Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad telah bersetuju untuk mengembalikan pembayaran royalti kepada negeri-negeri yang mempunyai petroleum sebagaimana dijanjikan dalam Manifesto Pakatan Harapan (PH), namun sehingga kini pembayaran tersebut masih belum terlaksana.

Memuatkan kenyataan tersebut dalam akaun Facebooknya semalam, Abdul Hadi mendesak veteran DAP, Lim Kit Siang untuk mengesahkan perkara tersebut kepada Menteri Kewangan sekiranya beliau mahukan bukti.

Abdul Hadi yang juga Ahli Parlimen Marang memuatkan kenyataan tersebut bagi menbidas tuduhan Ahli Parlimen Iskandar Puteri yang mendakwa beliau akan terus menghina politik Islam jika berterusan menuduh DAP mendiskriminasi pembangunan di Pantai Timur.

“Perdana Menteri telah bersetuju untuk mengembalikan royalti terus kepada negeri sebagaimana dijanjikan dalam manifesto Pakatan Harapan.

“Namun, pembayaran kepada Kelantan dan Terengganu terhalang, Jika saudara Lim Kit Siang mahukan bukti sila tanya Menteri Kewangan,” tulisnya sebagai membidas tindakan Lim yang memuat naik kenyataanya di akaun Twitternya.

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo